60: Kenapa Di Sini?

Khamis, 11 Februari 2010



Kalau dulu ketika kita masih bersekolah, harapan selepas bersekolah ialah untuk mempunyai pekerjaan yang bagus seperti peguam, doktor, jurutera.. dan mampu untuk menambahkan pendapatan yang lumayan. Waima budak kelas paling belakang pun mahu harapan seperti ini.

Sistem di sekolah, kalau kau tak suka satu mata pelajaran tersebut, kau wajib ambil suka atau tidak. Sebab ia adalah kelengkapan di dalam peperiksaan. Begitu juga sistem dalam kehidupan. Perkara macam ini selalu kita hadapi. Aku tahu sukar untuk aku terima pada mulanya. Tapi lama-lama dah takkan ambil pusing dah..


Siapa kata kerja aku tak cool sebab aku tak ambil major job seperti zaman aku belajar dulu? Aku gembira, sebab ada budak-budak bawah aku yang respect aku dan waffles di kafe (zaman aku sekolah dulu pun tak ada benda ni.. damn). Aku kena kreatif dalam rekabentuk otak aku untuk menurunkan ilmu pertapaan selama 18 tahun belajar. Akhirnya, aku letih sebab terpaksa berdiri lama dengan tumit 2.5 inci dan terhidrat sebab kena buat 'presentation' banyak kali. Hehe.


Kalau kerja macam aku takda.. sudah tentu 'korang' semua tak ada dan menjadi bengap. Cuma situasinya kenapa perlu dipertikaikan aku kerja apa? Bukan aku buat kerja haram pun..


p.s: Life is begin

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP