61: Apa Makna Kesukaran?

Ahad, 21 Mac 2010

Dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Lama tak berisi pil.tahan.sakit dalam bulan ini. Bulan Mac dah pun nak berlalu.. lagi beberapa hari lagi tiba pula bulan April. Dalam tempoh yang lama ini aku tak buka cerita baru mungkin kerana kekurangan idea. Selain dari faktor kesibukan menguruskan markah ujian dan aktiviti sekolah. Begitu juga hal peribadi, yang adakala lebih menggembirakan seperti mahu terbang ke langit dan lebih memilukan seperti terasa kesukaran oksigen untuk bernafas.

Semua ini mengajar aku untuk menilai diri sendiri. Kadang terfikir aku tak mampu nak gembirakan hati semua orang.. bagaimana pula dengan hati sendiri? Sama juga seperti mana aku mengajar budak-budak kat sekolah itu. Bukan keseluruhan yang mampu berjaya. Hanya sebahagian. Jadi situasi ini juga sama dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Kita cuba sedaya upaya menggembirakan dan menyenangkan orang lain. Adakah diri kita juga sebenarnya betul-betul bahagia? Sedikit pun aku tak harap balasan. Tapi cuma sekarang aku terpaksa kasihankan diri sendiri. Sampai bila? Adakah ada orang disisi kita bila kita betul-betul dalam kesusahan?


...dan dari sini bermulanya aku perlu muhasabah diri dan kembali kepada asal-Nya...



p.s: Banyak masalah dengan barang gadget.. Susah nak online selalu..

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP