71: Di Mana Hujung Minggu? (4)

Ahad, 25 Julai 2010





Jadi babysitter untuk hari minggu. Lagi 2 hari Alman nak masuk setahun.


p.s: Esok mula jadual baru.. risaunya.. Puasa satu hari lagi..bila nak ganti ni?

Read more...

70: Surprises?

Sabtu, 24 Julai 2010

Sukanya! Suatu hari dapat annoucement dari Samsung mengenai cabutan bertuah edisi ke-2 ini. Ok, tapi bukan menang telefon bimbit ni. Kira nasib baik juga lah kalau dapat jadi salah seorang dalam list cabutan bertuah. Siapa tak nak kan sebab 50 orang je terpilih dan boleh menjadi hadiah hari jadi aku terbaik.

cuba cari yang mana saya :)


Selepas beberapa proses emel dalam beberapa minggu, tiba-tiba dapat call dari Fedex yang nak hantar bungkusan. Oleh sebab aku dah on the way ke tempat kerja. Jadi bungkusan tersebut terpaksa ditinggalkan dalam kebasahan hujan di luar rumah. Nasib baik lah tak lebat sangat dan sampul pun tak basah.. Pheww!

..dan ini yang aku dapat.


Kredit hadiah daripada Samsung. Sebenarnya tak sangka boleh dapat headset. Sebab motif utama bermain game Samsung Wave ni pun sebab game ni mempunyai ciri-ciri yang comel dan menarik.

teamwave beratur panjang dalam barisan

Cuma perlu melawat dan mengumpul lebih ramai kawan-kawan untuk membentuk satu barisan yang paling panjang. Dan pemenang yang mempunyai barisan yang panjang akan menang sebuah telefon bimbit. Tapi buat masa ini pemain dari India, Turki dan Filipina mempunyai lebih ramai penyokong berbanding negara kita sendiri.

teamwave berjoget-joget


p.s: Tengah runsing memikirkan sebab dapat hadiah misteri berupa bag. Sangat curious siapa yang membelikan bag ini daripada online dan hantar via skynet. Siapa pula makhluk alien ni??? Aduh..

Read more...

69: Hadiah Saya Tahun Ini?

Khamis, 15 Julai 2010

Tuhan bagi aku nikmat yang cukup segala-galanya.
Tapi hari ini Tuhan bagi aku yang paling istimewa sekali untuk suku abad ini.


Hadiah hari jadi aku dengan..


Doktor bagi MC dua hari akibat sakit mata dan selsema. Balik rumah, terlupa kunci pagar tertinggal dalam rumah pulak..terpaksa la memanjat pagar rumah yang dekat 1.5m tinggi tu..



Treat diri sendiri dengan burger baru McD Grilled Chicken Burger (GCB) yang dalam gambar nampak cantik dan besar tapi, rupa realitinya burger tu kecut dan umm... Nasib baik ada McSundae Pinapple ni buat ubat.

salad sikit nyerr...


p.s: Mak tak tahu aku dah makan GCB sebelum dia balik kerja tadi.. Tapi bila mak balik kerja, dia belikan pulak GCB untuk aku lagi... FULL SIOT! huhu

Read more...

68: Di Mana Hujung Minggu? (3)

Ahad, 4 Julai 2010

Semalam oleh sebab mood terlebih sangat baik. Jadi akhirnya, aku telah membuat keputusan untuk membuat kek Tiramisu. Sebab kebetulan termasuk kedai menjual bahan kek dan terjumpa savoiardi (ladyfingers). Asalnya plan untuk membuat Tiramisu ni dah lama rancang. Bahan-bahan pun lama dah terperap dalam note handphone. So, go with the flow lah... Nanti bila lagi nak buat kalau bertangguh je kan?

Bahan-bahan:
A:
200gm whipping cream
250gm cream cheese (philadelphia cheese)
1 cawan yogurt asli (p.s: aku ubah sukati- asal bahan taruk susu segar)
80gm gula icing

B:
18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)
170ml air kopi ( Nescafe pun ok - dicampur gula)

C:
Serbuk koko secukupnya





Mak cakap dapat 90% hehe.. pasni keep on trying sampai lagi sedap macam kat Baker's Cottage tu.. Total semua ni tak lebih dari RM40..bergantung jenis brand yang anda gunakan :)



p.s: Germany dapat masuk semi-final!

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP