76: Will Be?

Jumaat, 31 Disember 2010

Salam dan hello kepada pembaca senyap blog aku,

Beberapa jam lagi kita akan memasuki lembaran fasa baru. Dalam beberapa jam ini juga aku ingin meluahkan beberapa kesimpulan dan kenyataan sebelum menutup tirai tahun dua ribu sepuluh ini. Lama dah nak fikir beberapa ayat dan ilham, sebab itu aku memutuskan untuk kurang menulis. Bukan kerana aku sibuk, tapi atas beberapa perkara yang perlu aku pendamkan sahaja. Blog bukan medium untuk aku meluahkan 100% "aku".

Ingin di sini aku meluahkan maaf, andai selama tahun ini aku pernah melakukan perkara yang negatif yang mungkin anda semua tak beberapa suka. Atau mungkin yang suka? Sebagai manusia yang hanya mempunyai sifat yang tidak sempurna itu hanya cliché sahaja kan?

Kesimpulan 2010 banyak mengajar dan mengenal yang mana kaca dan permata. Kalau ianya kaca, sedikit sebanyak ia juga pernah menghiris perasaan aku. Dan kalau ianya permata, aku akan simpan ia sebagai satu memori. Mungkin dari segi materialnya, 2010 adalah tahun yang paling memberangsangkan kerana apa yang aku nak hampir semuanya dapat. Tapi tidak kepada sebuah perhubungan... Ini banyak melibatkan perhubungan antara sahabat, keluarga, dan teman.

Tuhan itu memang adil. Dari apa yang dilihat dan difikirkan, aku bersyukur dengan apa harta dunia yang aku dapat. Tapi bukan dari kebahagiaan yang boleh aku kecap. Banyak yang buat aku kecewa.. Mujur Allah berikan aku sedikit kekuatan walaupun iman senipis bawang. Itu yang buat aku sabar.

Kawan-kawan juga memainkan peranan yang penting dalam tahun ini. Baru aku sedar kalau kita buat baik dengan orang tak semestinya akan dibalas dengan kebaikan. Betul lah orang cakap, kalau kita senang ramai yang nak ambil kesempatan, tapi tidak bila kita sedang kesusahan. Kalau "perempuan" tu baca blog aku ini, satu je aku nak pesan "Apa yang kau pinjam pada aku, aku cukup berat nak maafkan cara tindakan kau sampai bila-bila. Seorang kawan baik takkan bertindak cara membatu diri macam kau. Larilah sejauh mana dari aku.. Ingat akhirat kita jumpa juga"

Cukuplah, apa yang Allah itu beri memang hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tapi aku bersyukur hidup selama suku abad di bumi Nya. Kenyataannya aku belajar banyak pengalaman yang mematangkan aku menjadi seorang khalifah. Semoga tahun akan datang membawa sendikit sinar untuk aku dan anda semua.

Dalam dompet aku cuma ada gambar ini - The Best colleagues I ever had this year :)


p.s: Welcome to my Tumblr

Read more...

75: Again?

Rabu, 10 November 2010




Waited a hundred years to see your face,
and I would wait a hundred more..
If only to be near you,
to have you and to hear you..
Isn't that what time is for?

.
.
My love, the reason I survive..
trust we'll be together soon.

..take my heart with you


P.S: keep on trying!


Read more...

74: Tiada Lagi Untuk Aku?

Isnin, 1 November 2010

Selamat Datang November,
..tinggal sebulan lagi untuk aku rancang balik arah tuju hidup aku kembali.


p.s: should i tumblr?

Read more...

73: Tragedi Oktober?

Khamis, 7 Oktober 2010


Dah berapa lama aku tinggalkan di sini. Kembali kepada 'heart recovery' selama hampir dua bulan. Cuba untuk kembali semangat menulis aku balik.

Sebab setiap hari aku cuma menambahkan rasa benci terhadap dia.. Kalau tak ingat dosa pahala lama dah aku pergi hantar bomoh siam. Boleh tak? Biarkan diri dia sengsara macam dia pernah buat kat aku dulu. Bukan sahaja untuk diri dia.. Tapi untuk semua yang pernah melukakan aku.

Ya, tahun ini memang ramai yang dah melukakan aku. Kinda bullshit. But I'm trying not to fool myself. Trying to be motivated.. back to the basics.


Beri aku masa. Dan aku ubah segalanya seperti baru. Untuk dipadam bukan kerja yang mudah seperti Alt+delete.


p.s: "Selamat Hari Raya" yang dah lepas.

Read more...

72: Bolehkah Putarkan Masa?

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir yang ke 53 buat Emak tersayang
yang sentiasa mendoakan kejayaan aku hingga hari ini.



.
.
Semoga esok dapat menjalankan ibadat puasa pada bulan Ramadhan yang mulia
dengan keimanan dan kesyukuran terhadap Ilahi



p.s: Selamat berpuasa :)

Read more...

71: Di Mana Hujung Minggu? (4)

Ahad, 25 Julai 2010





Jadi babysitter untuk hari minggu. Lagi 2 hari Alman nak masuk setahun.


p.s: Esok mula jadual baru.. risaunya.. Puasa satu hari lagi..bila nak ganti ni?

Read more...

70: Surprises?

Sabtu, 24 Julai 2010

Sukanya! Suatu hari dapat annoucement dari Samsung mengenai cabutan bertuah edisi ke-2 ini. Ok, tapi bukan menang telefon bimbit ni. Kira nasib baik juga lah kalau dapat jadi salah seorang dalam list cabutan bertuah. Siapa tak nak kan sebab 50 orang je terpilih dan boleh menjadi hadiah hari jadi aku terbaik.

cuba cari yang mana saya :)


Selepas beberapa proses emel dalam beberapa minggu, tiba-tiba dapat call dari Fedex yang nak hantar bungkusan. Oleh sebab aku dah on the way ke tempat kerja. Jadi bungkusan tersebut terpaksa ditinggalkan dalam kebasahan hujan di luar rumah. Nasib baik lah tak lebat sangat dan sampul pun tak basah.. Pheww!

..dan ini yang aku dapat.


Kredit hadiah daripada Samsung. Sebenarnya tak sangka boleh dapat headset. Sebab motif utama bermain game Samsung Wave ni pun sebab game ni mempunyai ciri-ciri yang comel dan menarik.

teamwave beratur panjang dalam barisan

Cuma perlu melawat dan mengumpul lebih ramai kawan-kawan untuk membentuk satu barisan yang paling panjang. Dan pemenang yang mempunyai barisan yang panjang akan menang sebuah telefon bimbit. Tapi buat masa ini pemain dari India, Turki dan Filipina mempunyai lebih ramai penyokong berbanding negara kita sendiri.

teamwave berjoget-joget


p.s: Tengah runsing memikirkan sebab dapat hadiah misteri berupa bag. Sangat curious siapa yang membelikan bag ini daripada online dan hantar via skynet. Siapa pula makhluk alien ni??? Aduh..

Read more...

69: Hadiah Saya Tahun Ini?

Khamis, 15 Julai 2010

Tuhan bagi aku nikmat yang cukup segala-galanya.
Tapi hari ini Tuhan bagi aku yang paling istimewa sekali untuk suku abad ini.


Hadiah hari jadi aku dengan..


Doktor bagi MC dua hari akibat sakit mata dan selsema. Balik rumah, terlupa kunci pagar tertinggal dalam rumah pulak..terpaksa la memanjat pagar rumah yang dekat 1.5m tinggi tu..



Treat diri sendiri dengan burger baru McD Grilled Chicken Burger (GCB) yang dalam gambar nampak cantik dan besar tapi, rupa realitinya burger tu kecut dan umm... Nasib baik ada McSundae Pinapple ni buat ubat.

salad sikit nyerr...


p.s: Mak tak tahu aku dah makan GCB sebelum dia balik kerja tadi.. Tapi bila mak balik kerja, dia belikan pulak GCB untuk aku lagi... FULL SIOT! huhu

Read more...

68: Di Mana Hujung Minggu? (3)

Ahad, 4 Julai 2010

Semalam oleh sebab mood terlebih sangat baik. Jadi akhirnya, aku telah membuat keputusan untuk membuat kek Tiramisu. Sebab kebetulan termasuk kedai menjual bahan kek dan terjumpa savoiardi (ladyfingers). Asalnya plan untuk membuat Tiramisu ni dah lama rancang. Bahan-bahan pun lama dah terperap dalam note handphone. So, go with the flow lah... Nanti bila lagi nak buat kalau bertangguh je kan?

Bahan-bahan:
A:
200gm whipping cream
250gm cream cheese (philadelphia cheese)
1 cawan yogurt asli (p.s: aku ubah sukati- asal bahan taruk susu segar)
80gm gula icing

B:
18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)
170ml air kopi ( Nescafe pun ok - dicampur gula)

C:
Serbuk koko secukupnya





Mak cakap dapat 90% hehe.. pasni keep on trying sampai lagi sedap macam kat Baker's Cottage tu.. Total semua ni tak lebih dari RM40..bergantung jenis brand yang anda gunakan :)



p.s: Germany dapat masuk semi-final!

Read more...

67: Di Mana Hujung Minggu? (2)

Ahad, 27 Jun 2010






Siang: Beauty Session with A'an doing facial, manicure and pedicure pakai produk Mary Kay
Malam: Celebrate birthday Babah dengan makan-makan dekat kolam mancing.

Result: Demam panas teruk dan muntah dua kali pagi-pagi buta.. Sighh!!


p.s: Kena bertahan.. Kerja tengah banyak sekarang.. Tak boleh sakit waktu ini.


Read more...

66: Siapa Yang Paling Hebat?

Ahad, 20 Jun 2010

Tentu sekali sebagai peminat kipas susah mati German.
Walaupun tak tentu bakal ke final atau tidak.

...

Lukas Podolski adalah tetap makhluk yang terseksi sekali. Awww~

Kredit Gambar: Encik Google.


p.s: Bermula hari yang sesak.. bising.. jem.. sendat.. penuh.. etc.

Read more...

65: Di Mana Hujung Minggu? (1)

Ahad, 13 Jun 2010

Okeh! Semangat dah ni bila nak rajin buat entry baru.
Sekarang musim sekolah selama dua minggu.
(Termasuk musim durian + musim bola + musim kahwin)

..hard to resist.. Terbaekk! tu pasal aku suka kenduri kampung merewang-rewang ni..nak-nak kenduri orang Jawa ;P


p.s: Mengira hari cuti je lah. Bila nak naik kerja..complain.

Read more...

64: *'BF' baru?

Rabu, 9 Jun 2010

Meoww~

Bulan ini sangat-sangat masyuk sebab gaji lima bulan tertunggak sudah dibereskan. Maka raya sakan la aku kali ini macam penyamun. Hehe dah mula merepek sekarang. Tapi sebenarnya banyak yang perlu diselesaikan dan dilangsaikan. Dari hal kereta, family hingga ke diri sendiri lah. Yang penting kena buat peruntukan sedikit untuk saving.

1- LX3 (Done)
2- Fixed my new hair (Done)
3- Repair my Lisa (Done)
4- Family (Done)
5- GPS
6- Blackberry
7- Watch
8- Sport Shoes

Senarai keperluan pun hampir mencukupi. Hehe. Lepas ini boleh kasi muntah untuk update blog dengan lebih rajin. Sebab lama da usha benda ini dan berharap untuk memilikinya walaupun saingan macam Canon S90 amat menggoda. Dan hasilnya adalah ini.....

Kekasih baru saya LX3


p.s: So, harapnya lepas ni takde nak berebut kamera sendiri dengan Makcik. Sebab saya lebih puas hati dengan kekasih baru saya. Kamera lama..bole kasi pinjam kat dia..

*BF - Boleh Fulus... HAHAHA!!

Read more...

63: Cuti?

Rabu, 5 Mei 2010

Bulan empat lepas tak ada cuti langsung ok..
Bulan lima ini ada dua kali cuti.
Tapi cuti yang pertama jatuh hari Sabtu.
Dan jika kalau cuti itu jatuh pada hari Ahad.
Maka cuti itu akan berjangkit kepada hari Isnin.
Cuti yang kedua.. hujung bulan..
Sudah tidak boleh 'tahan penat' lagi sebenarnya..

Betul aku dah semakin 'sibuk' dan 'sibuk'..
Sampai sebulan sekali je nak update kan...hehe
Tak bermakna kalau aku lupa terus ruang ini.
Sebab aku dah berjanji dulu.. Liat macam mana pun.. yang pasti aku buat.
Walaupun hujan ribut kemarau taufan segala.. Ok ini adalah karut.

Cuma cuti yang pertama itu..
Masih ada kesempatan lagi nak bersantai sambil berKICK-ASS.
Dan hasilnya.. akibat terpedaya dengan mulut manis promoter kedai buku tersebut..




Tadaaa... untuk bulan ini.
Tinggal satu lagi buku Wuthering Heights by Emily Bronte daripada dua buku di atas.
Tapi saya bukan literature fan.
Cuma tertarik dengan buku lama yang telah diolah baru ini.
Saya harap saya lebih punya masa untuk rajin membaca sekarang ini.

Oh.. buku-buku bulan lepas yang tidak termasuk adalah buku kerja latihan tingkatan 1 dan 2..
Sungguh kesian dengan tahap kini kerana tugas.. (^-^")



p.s: Sebab kini, masa untuk bermafia dan bercucuk tanam pun hampir dilupakan. Kerana saya sudah punya obsesi yang baru. (^0^) <3

Read more...

62: Adakah Ini...?

Isnin, 19 April 2010




Aku tidak tahu macam mana nak mula..
Sebab ia masih terlalu awal untuk dibicarakan..
cuma tiba-tiba terasa ada sedetik perasaan di sudut paling hujung dalam h.a.t.i

Well said, I guess it just only a feeling..
...'Dia' yang telah datang dan mengisi sudut itu..
setiap saat..jam..hari..dan minggu..
..atau mungkin lagi lama?



p.s: Hope so..

Read more...

61: Apa Makna Kesukaran?

Ahad, 21 Mac 2010

Dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Lama tak berisi pil.tahan.sakit dalam bulan ini. Bulan Mac dah pun nak berlalu.. lagi beberapa hari lagi tiba pula bulan April. Dalam tempoh yang lama ini aku tak buka cerita baru mungkin kerana kekurangan idea. Selain dari faktor kesibukan menguruskan markah ujian dan aktiviti sekolah. Begitu juga hal peribadi, yang adakala lebih menggembirakan seperti mahu terbang ke langit dan lebih memilukan seperti terasa kesukaran oksigen untuk bernafas.

Semua ini mengajar aku untuk menilai diri sendiri. Kadang terfikir aku tak mampu nak gembirakan hati semua orang.. bagaimana pula dengan hati sendiri? Sama juga seperti mana aku mengajar budak-budak kat sekolah itu. Bukan keseluruhan yang mampu berjaya. Hanya sebahagian. Jadi situasi ini juga sama dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Kita cuba sedaya upaya menggembirakan dan menyenangkan orang lain. Adakah diri kita juga sebenarnya betul-betul bahagia? Sedikit pun aku tak harap balasan. Tapi cuma sekarang aku terpaksa kasihankan diri sendiri. Sampai bila? Adakah ada orang disisi kita bila kita betul-betul dalam kesusahan?


...dan dari sini bermulanya aku perlu muhasabah diri dan kembali kepada asal-Nya...



p.s: Banyak masalah dengan barang gadget.. Susah nak online selalu..

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP