51: Mencari Kesalahan Siapa?

Rabu, 28 Oktober 2009

Kadang kita akan rasa hidup sungguh tak adil, bila kita lihat tak semua yang kita harap tak menyebelahi kita. Masa itu kalau tanpa asas yang kukuh, dengan mudah kita akan menyalahkan individu tertentu tanpa kita sedari puncanya adalah dari diri sendiri.

Kalau boleh kita tak mahu dilibatkan dengan situasi begini. Sebab kebanyakannya hanya menambahkan kerumitan bagi sesuatu keadaan.

Aku tahu sukar aku nak ungkapkan apa yang aku fikirkan. Kadang kala ia cuma menimbulkan berat sebelah kalau apa yang kita pertahankan tak ada membawa erti untuk semua pihak. Yang ada sekarang ini cuma marah yang dipendamkan, jadi blog untuk menulis ini bukan tempat aku melepaskan geram. Memang kalau boleh aku nak elak tulis perkara macam ini sebab nanti umpama membuka pekung di dada bila keburukan diceritakan kepada semua. Apa tanggapan orang lain pada aku kelak? Jadi jalan terakhir bagi aku. Diam.


p.s: agak moody untuk beberapa hari ini.

0 ubat:

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP