76: Will Be?

Jumaat, 31 Disember 2010

Salam dan hello kepada pembaca senyap blog aku,

Beberapa jam lagi kita akan memasuki lembaran fasa baru. Dalam beberapa jam ini juga aku ingin meluahkan beberapa kesimpulan dan kenyataan sebelum menutup tirai tahun dua ribu sepuluh ini. Lama dah nak fikir beberapa ayat dan ilham, sebab itu aku memutuskan untuk kurang menulis. Bukan kerana aku sibuk, tapi atas beberapa perkara yang perlu aku pendamkan sahaja. Blog bukan medium untuk aku meluahkan 100% "aku".

Ingin di sini aku meluahkan maaf, andai selama tahun ini aku pernah melakukan perkara yang negatif yang mungkin anda semua tak beberapa suka. Atau mungkin yang suka? Sebagai manusia yang hanya mempunyai sifat yang tidak sempurna itu hanya cliché sahaja kan?

Kesimpulan 2010 banyak mengajar dan mengenal yang mana kaca dan permata. Kalau ianya kaca, sedikit sebanyak ia juga pernah menghiris perasaan aku. Dan kalau ianya permata, aku akan simpan ia sebagai satu memori. Mungkin dari segi materialnya, 2010 adalah tahun yang paling memberangsangkan kerana apa yang aku nak hampir semuanya dapat. Tapi tidak kepada sebuah perhubungan... Ini banyak melibatkan perhubungan antara sahabat, keluarga, dan teman.

Tuhan itu memang adil. Dari apa yang dilihat dan difikirkan, aku bersyukur dengan apa harta dunia yang aku dapat. Tapi bukan dari kebahagiaan yang boleh aku kecap. Banyak yang buat aku kecewa.. Mujur Allah berikan aku sedikit kekuatan walaupun iman senipis bawang. Itu yang buat aku sabar.

Kawan-kawan juga memainkan peranan yang penting dalam tahun ini. Baru aku sedar kalau kita buat baik dengan orang tak semestinya akan dibalas dengan kebaikan. Betul lah orang cakap, kalau kita senang ramai yang nak ambil kesempatan, tapi tidak bila kita sedang kesusahan. Kalau "perempuan" tu baca blog aku ini, satu je aku nak pesan "Apa yang kau pinjam pada aku, aku cukup berat nak maafkan cara tindakan kau sampai bila-bila. Seorang kawan baik takkan bertindak cara membatu diri macam kau. Larilah sejauh mana dari aku.. Ingat akhirat kita jumpa juga"

Cukuplah, apa yang Allah itu beri memang hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tapi aku bersyukur hidup selama suku abad di bumi Nya. Kenyataannya aku belajar banyak pengalaman yang mematangkan aku menjadi seorang khalifah. Semoga tahun akan datang membawa sendikit sinar untuk aku dan anda semua.

Dalam dompet aku cuma ada gambar ini - The Best colleagues I ever had this year :)


p.s: Welcome to my Tumblr

0 ubat:

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP