66: Siapa Yang Paling Hebat?

Ahad, 20 Jun 2010

Tentu sekali sebagai peminat kipas susah mati German.
Walaupun tak tentu bakal ke final atau tidak.

...

Lukas Podolski adalah tetap makhluk yang terseksi sekali. Awww~

Kredit Gambar: Encik Google.


p.s: Bermula hari yang sesak.. bising.. jem.. sendat.. penuh.. etc.

Read more...

65: Di Mana Hujung Minggu? (1)

Ahad, 13 Jun 2010

Okeh! Semangat dah ni bila nak rajin buat entry baru.
Sekarang musim sekolah selama dua minggu.
(Termasuk musim durian + musim bola + musim kahwin)

..hard to resist.. Terbaekk! tu pasal aku suka kenduri kampung merewang-rewang ni..nak-nak kenduri orang Jawa ;P


p.s: Mengira hari cuti je lah. Bila nak naik kerja..complain.

Read more...

64: *'BF' baru?

Rabu, 9 Jun 2010

Meoww~

Bulan ini sangat-sangat masyuk sebab gaji lima bulan tertunggak sudah dibereskan. Maka raya sakan la aku kali ini macam penyamun. Hehe dah mula merepek sekarang. Tapi sebenarnya banyak yang perlu diselesaikan dan dilangsaikan. Dari hal kereta, family hingga ke diri sendiri lah. Yang penting kena buat peruntukan sedikit untuk saving.

1- LX3 (Done)
2- Fixed my new hair (Done)
3- Repair my Lisa (Done)
4- Family (Done)
5- GPS
6- Blackberry
7- Watch
8- Sport Shoes

Senarai keperluan pun hampir mencukupi. Hehe. Lepas ini boleh kasi muntah untuk update blog dengan lebih rajin. Sebab lama da usha benda ini dan berharap untuk memilikinya walaupun saingan macam Canon S90 amat menggoda. Dan hasilnya adalah ini.....

Kekasih baru saya LX3


p.s: So, harapnya lepas ni takde nak berebut kamera sendiri dengan Makcik. Sebab saya lebih puas hati dengan kekasih baru saya. Kamera lama..bole kasi pinjam kat dia..

*BF - Boleh Fulus... HAHAHA!!

Read more...

63: Cuti?

Rabu, 5 Mei 2010

Bulan empat lepas tak ada cuti langsung ok..
Bulan lima ini ada dua kali cuti.
Tapi cuti yang pertama jatuh hari Sabtu.
Dan jika kalau cuti itu jatuh pada hari Ahad.
Maka cuti itu akan berjangkit kepada hari Isnin.
Cuti yang kedua.. hujung bulan..
Sudah tidak boleh 'tahan penat' lagi sebenarnya..

Betul aku dah semakin 'sibuk' dan 'sibuk'..
Sampai sebulan sekali je nak update kan...hehe
Tak bermakna kalau aku lupa terus ruang ini.
Sebab aku dah berjanji dulu.. Liat macam mana pun.. yang pasti aku buat.
Walaupun hujan ribut kemarau taufan segala.. Ok ini adalah karut.

Cuma cuti yang pertama itu..
Masih ada kesempatan lagi nak bersantai sambil berKICK-ASS.
Dan hasilnya.. akibat terpedaya dengan mulut manis promoter kedai buku tersebut..




Tadaaa... untuk bulan ini.
Tinggal satu lagi buku Wuthering Heights by Emily Bronte daripada dua buku di atas.
Tapi saya bukan literature fan.
Cuma tertarik dengan buku lama yang telah diolah baru ini.
Saya harap saya lebih punya masa untuk rajin membaca sekarang ini.

Oh.. buku-buku bulan lepas yang tidak termasuk adalah buku kerja latihan tingkatan 1 dan 2..
Sungguh kesian dengan tahap kini kerana tugas.. (^-^")



p.s: Sebab kini, masa untuk bermafia dan bercucuk tanam pun hampir dilupakan. Kerana saya sudah punya obsesi yang baru. (^0^) <3

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP