02: Ini Juga Boleh Jadi Ubat?

Isnin, 29 Disember 2008

Bulan ini sahaja telah berlaku macam-macam perkara yang tidak aku gemari. Tapi aku rasa biarlah disimpan dan dibuang jauh-jauh, sebab tahun baru kan dah nak bermula. Buka buku baru dan start making a new life.

Korang mungkin pernah alami satu waktu di mana ada 'hari yang tak best' atau Bad Day. Not everyone had a perfect day all the time aite? Masa itu juga korang akan pasang lagu - lagu yang korang fikir akan buat korang rasa tenang dan cuba nak heal kan balik jiwa kacau tu (aktiviti ini biasanya dilakukan bersama ketika anda sedang makan aiskrim, mahu tidur, sedang memandu dan sebagainya). Terpulang pada korang semua sebab masing-masing ada lagu bagi jiwa korang.

So
, aku senaraikan beberapa lagu yang aku suka dengar kalau ada 'time yang aku rasa tak best':

1- Fiona Apple - Sally's Song
(
Lagu dari runut bunyi filem Nightmare Before Christmas yang sedih dan gloomy. Nyanyian lagu ini sering dibandingkan dengan cara nyanyian oleh Amy Lee dari Evanescence. Tapi aku tetap berpendapat suara Fiona Apple lebih masuk dari dia. Lagu ini buat aku ketagih nak dengar berulang kali tanpa henti sehingga aku muntah kot)



2- Lisa Loeb - I Wish
(
Irama lagu yang tenang dan betul-betul heal selari dengan suara Lisa Loeb yang mendayu-dayu. Kadang kita juga berharap wish macam-macam kan?)

3- Daniel Powter - Bad Day
(Tidak lari dari tema tajuk yang betul-betul jelas tentang suasana bad day tersebut)



4- Coldplay - Shiver
(Tidak perlu dinafikan lagi.. lagu 'gigil' ini juga yang aku layan.. 'I will be waiting for you'.. Tidak mengapa, biar aku seorang sahaja yang faham. Frust?)



5- Yeah Yeah Yeahs - Maps
(
Suara Karen O macam sedih je..hmm.. wait, they don't love you like i love you)



p/s: Apa lagu 'heal' yang anda suka?

1 ubat:

PenulisGila 29 Disember 2008 pada 9:15 PTG  

ya! muzik adalah dadah yang bagus! lagu creep (Kepala Radio) adalah dadah yang mampu mengubati saya bila saya berduka lara!~ Keep on writing gal...~

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP