05: 2009... What will happened?
Khamis, 1 Januari 2009
Bye bye...2008 sudah tamat. Tapi aku bukan tukang tilik seperti Nostradamus yang boleh menjangka apa akan terjadi pada 2009. Kadang-kadang ramalan si kafir ini juga sering tersasar atau tidak tepat.
*Sepatutnya entri ini ditulis sebelum masuk 2008. Tapi aku rasa ragu-ragu untuk mengulas. Ia mungkin terlalu privasi.
Tapi tidak salah untuk berpegang kepada "Kita hanya merancang, Tuhan sahaja yang menentukan" Betul.. Aku sendiri pun tidak boleh jangka walaupun aku juga sering lalai dan tidak sedar bila terpesong sedikit dari jalan yang lurus.
2008 - Banyak pahit dari manis. Banyak duka campur suka. Dari situ kita boleh belajar yang silap dan betulkan yang salah. Mari aku nilai diri aku...
- Kewangan kurang stabil pada awal tahun 2008. Tapi mula memberangsangkan bila masuk tengah tahun. Dalam tempoh 6 bulan terakhir aku dah gian online shopping.. dalam tempoh tu je aku da beli dekat 4 beg, 8 pasang baju.. etc. (Boros! Praktikal punya pasal).
- Aku tidak suka nak komen pasal loving entry 2008.. Tapi senang aku ulas "takde komen". Jodoh tidak boleh dipakai langsung..(Dari tahun itu aku dah belajar apa itu 'Heartless' dan sedikit campuran 'Broken' juga terlebih dos 'Pain' yang mengakibatkan terlebih 'Bleeding'). Mungkin lebih sesuai menceritakan loving entry kepada mak ayah dan Allah swt yang pada masa ini kita lalai atau sering terlupa mereka yang lebih hampir dari kita. Terutama sekali "doa dan mati.. pahala dan dosa" sebagai bekalan.
- Ilmu duniawi.. akademik lah.. achieved better than before.. Puas hati aku.. Tapi nak kekalkan apa yang telah simpan dalam kotak kepala aku dan pengalaman yang ada untuk masa depan nanti lepas aku habis belajar kelak. Ada sedikit cabaran di sini. (CGPA lah beb.. nak maintain)
- Sikap malas itu penyakit yang perlu dielakkan. Ubat rajin perlu memerlukan usaha yang keras. Manakala sikap yang tidak baik perlu dikaji semula. Sikap baik akan dikekalkan. Nilai sendiri.
Selamat membuka buku planner/diari 2009 kamu..
Jaaa.... !!
p/s: Sebagai permulaan anda untuk menghadapi 365 hari di 2009. Aku tujukan korang lagu "adik kesayangan" kamu ini. Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI. (Baru aku tahu sapa yang nyanyi..)
5 ubat:
thanks singgah blog saye
:]
ambil yang jernih
buang yang keruh
selamat tahun baru!
kuatkan semngat untuk 2009 ya!
2008 aku pun kurang memberangsangkan.
@amie. - sama-sama kembali
@pjoe & Diloz - terima kasih.. hepi nu yer :)
@tasikmerah - begitulah aku pun..
Catat Ulasan