14: Bila Hujan Nak Berhenti?

Selasa, 27 Januari 2009

Mood cuti seminggu. Lagi tebal 4 inci dari buku-buku assignment dan kasut heels kamu. Sudah seharian hujan petang. Paling syurga adalah makanan dan televisyen. Itu yang perlu di jauhi...


(Saje taruk besar-besar) Oh udang tempura yang menggoda aku dengan begitu seksi untuk masuk ke dalam perut, terpaksa ditepis! Udang is a no-no food for a while. Dem.


Di atas ini adalah semalam. Sebagai hadiah buat harijadi adik lelaki aku minggu lepas. Menu wajib setiap tahun kelahiran dia sejak 10 tahun lepas. Sudah tidak mahu kek lagi. Tak cool.


Yang paling sibuk sekali kakaknya. Ya..tentu sekali aku yang menyuruh Mem membeli itu. Teringin.


Minggu lepas cuma dikhabarkan ucapan melalui mesej ringkas sahaja tepat tengah malam. (Sebab dia duduk jauh kat Unisel) "Wei budak gmok! Selamat Hari Tua". Memang ringkas (sebab aku tak ngaku aku lagi tua dari dia - jiwa muda. ceh!). Seringkas lagi sebab hanya aku dan dia sahaja, satu-satu saudara yang keluar dari perut yang sama. Sepasang ringkas.


Ada orang cakap bosan. Ada yang cakap seronok. Bagi aku, terpulang. Mungkin sedikit bosan. Apabila kau balik rumah yang hidup cuma kau seorang sahaja. Tapi kalau aku di situasi yang ramai. Sakit kepala. Rimas. Ini semua kemungkinan kan? Bagaimana kau tempatkan diri kau dari sesuatu tempat.


Tapi cuti seminggu ini. Aku rasa dah lengkap. Sebab semua ada kat rumah. Spend some quality time with them. It was really precious!



Ok. Tutup cerita.

Sejuk pula hujan-hujan ini. Aku sudah jadi malas. Kerja-kerja masih banyak perlu dibereskan. ZzZzzztT... (Ini paling kuat menghasut)


..Sudah tentu sekali bukan aku.. (-.-")



p/s: Akak, nak jadi kakak saya tak?

10 ubat:

KARKADEWA 27 Januari 2009 pada 10:23 PTG  

suruh mem beli untuk diri sendiri sebenarnye...
licik2...
heh!

Tanpa Nama 27 Januari 2009 pada 11:06 PTG  

... huih cam best tu.. antor la kat aku sekali, nanti aku email alamat aku yek..

*terima kasih atas kunjungan dan komen

yada 27 Januari 2009 pada 11:52 PTG  

wow besarnya pizza tu, hehe.. sian tak boleh makan udang..

my bro pun sume tak mo kek, cam u kata tak cool, ape ntah!

*pil.tahan.sakit* 28 Januari 2009 pada 2:14 PG  

@karkadewa - kita pun nak merasa jugak heee :)

@Nazz - emel gamba pizza ke? buleh buleh.. sama-sama :)

@nurulhuda - elergik makan udang. terpaksa bertahan sket. huhu org lelaki mmg mcm tu kot? :)

RY 28 Januari 2009 pada 6:50 PTG  

hahaha...


saya adalah orang yang tak makan pizza.

kawan2 selalu buat open table di pizza hut. haih.

tasekM 29 Januari 2009 pada 3:21 PTG  

ya ampuuuuunnnnnn..... besornya! he he.


.

Mira3dora 29 Januari 2009 pada 3:39 PTG  

huh~ naseb da makan pizza smlm hahaha
xde la terliur sgt
tp siket la
:P

MaSHee 29 Januari 2009 pada 5:44 PTG  

Kadang2 ramai2 ni bikin bingit saja. Hepi belated besday 2 ur bro ek!

*pil.tahan.sakit* 29 Januari 2009 pada 6:07 PTG  

@razor - rugilah tak dpt nikmat makan pizza..hehe :)

@tasik merah - hahaha..standed :p

@cik mira - mari makan lagi :)

@aku dia kamu - mmg bingit pun..huhu ikut keadaan jugak. trimas :)

Tanpa Nama 30 Januari 2009 pada 12:55 PTG  

adoih laa..
lapa nengok makanan tu

:)

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP