17: Kenapa Terdesak Sangat?

Jumaat, 6 Februari 2009

Baru lebih kurang dua-tiga minggu lepas. Mem cerita kat aku, yang mana kawannya (aku bagi nama si A) satu office Mem. Kena ragut semasa turun nak pergi kerja. Around 7.00-7.30 am. Before she starting the car engine. Ada orang masuk dalam kereta and suddenly acukan pisau. Dalam keadaan yang separa takut+sedar+macam-macam lagi la.She gave her beg tangan. Dalam keadaan panik, si A terus balik Pahang jumpa her parent. Tapi kes ini tak habis lagi...


Kisahnya dalam beg si A, pencuri tu dah dapat kunci rumah si A dan terus naik rumah sewa si A. (A duduk kat kuaters guru). Kebetulan housemate si A tengah mandi sebab nak prepare pergi sekolah pagi tu. After take a bath, terkejut sebab nampak pencuri. Pencuri tu ikat mangsa, and grab everything barang kemas ke semua. Kebetulan sebab kebiasaanya tunang housemate si A ni akan call pagi-pagi tanya khabar, pencuri ni terus cabut sebab takut orang dengar. After for a while, jiran depan yang nak pergi kerja nampak pintu rumah si A ni terbuka. Nasib baik housemate si A ni takde berlaku apa-apa. Cuma kerugian harta benda je. Since now, housemate si A dan si A ni masih lagi trauma..


Semalam, cousin aku pulak kena ragut. Baru tiga hari jadi guru ganti. Dia kena ragut masa kat depan KWSP tengah tunggu teksi. Habis kad pengenalan, buku bank and handphone. Tak sempat nak buat apa. Semalam Mem hantar cousin aku tolong bereskan report polis and bank. Tapi Mem risau sebab kunci rumah pun ada dalam beg cousin yang kena ragut tu (Oh! lupa nak mention, cousin aku tu duduk rumah aku)...


Aku jarang bawa handbag. Kebiasaannya aku cuma bawa pouch / clutch yang boleh muat kad, handphone, lip balm dan duit. Boleh dipegang dengan kemas. Dulu, aku pernah hilang handphone di dalam komuter selepas jumpa dengan ex. Sekejap je, lepas sembang kejap, komuter pun sampai. Lepas masuk tengok dah lesap. Cuai? Tapi kebetulan masa tu memang tengah sesak. Dah tak boleh buat apa. Sejak dari itu, kalau naik train atau ke tempat sesak. Perlu berhati-hati. Pastikan anda memegang bag dan wallet dengan kemas. Terutama lelaki yang simpan wallet kat poket belakang tu.


Kes yang sama juga pernah berlaku. Masa aku dengan Mem joging kat tasik. Tinggalkan kereta dekat roundabout belakang MBSA tu. After joging, aku pelik kenapa pintu kereta tak kunci. And all our wallet kat bawah seat. Mem syak orang dah buka pintu kereta. Petang tu aku dah Mem rugi almost hundred. Memang sumpah seranah lah, terutamanya aku. Duit belanja aku seminggu tu beb. Tapi nasib baik kad bank pun tak kena kebas. Sejak hari itu, aku joging cuma bawa lesen memandu dan mp3 je. Jangan nak gatal bawak duit lebih.


Serik. Tapi kalau orang dah niat nak mencuri kat mana-mana pun boleh kan? Agak bahaya juga, sekarang nak merompak ke nak meragut macam-macam style gaya bebas. Terdesak sangat ke nak mencari duit selain dari merompak ni?
.
.
.


p/s: Lepas ini nak kena tukar kunci pintu rumah kot. Susah la aku yang selalu kena duduk sorang-sorang kat rumah lagi..

5 ubat:

s a L o m a 7 Februari 2009 pada 2:37 PG  

jahat nya..haritu kawan thai saya kena ragut jugak.dekat dgn traders hotel kt klcc.a group of mat rempit kepung dia dan rompak habis segala credit cards,atm cards,duit,id,passport,handbag.

kawan saya stranded kt kL tak boleh balik sini,tak boleh fly,tak boleh kerja,duit takde,apa takde.kesian gila ok.memalukan betul.

yada 8 Februari 2009 pada 12:32 PTG  

eh change la kunci2, mangga sume cecepat...

i sangat takut bila baca cerita kamu...

pasni nak be more & more careful...
cos i commute everyday to work.. bahaya!

cash biar sikit je, bankcard sume tinggalkan.. :)

Atira. 9 Februari 2009 pada 5:18 PTG  

people nowadays are too desperate.

sometimes aku sendiri masih tak paham macam mana diaorang boleh sampai hati nak buat benda2 macam tu.

dah diri dorang dah xde perasaan langsung ke?

*pil.tahan.sakit* 10 Februari 2009 pada 5:10 PTG  

@cabincrew - mat rempit tu juga salah satu unsur jenayah.. :)

@nurul - hehe kalau bankcard tinggal..susah pulak. :)

@Atira - orang dah terdesak. Kita cuma mampu berhati-hati dan waspada :)

farah, s. 11 Februari 2009 pada 3:23 PTG  

crime ragut ni tak abes2 lagi. aih. ape nk jadi daa.. sy pun tak suke bwk handbag. risau. huhu

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP