18: Kenapa Mesti Malu?

Khamis, 12 Februari 2009

Gambar tiada motif


Hatta lelaki mahupun perempuan. Fitrah yang Tuhan jadikan bagi setiap manusia. Salah satunya adalah sifat malu. Dari malu ini juga terbit maruah.


- "The difference between guilt and shame is very clear—in theory. We feel guilty for what we do. We feel shame for what we are."
LEWIS B. SMEDES


Sama seperti kemaluan. Itu perlu dilindungi dari sebalik penglihatan. Melainkan kau TAK TAHU APA ITU MALU DAN MARUAH. Tak faham bahasa. Rosak!


Kalau pokok semalu yang kau sentuh boleh tertutup. Tapi apa yang boleh buat kalau kau malu? Sembunyi muka dalam baju? Tutup segala apa yang mampu kau boleh lindung. Dan kalau kau boleh petik jari dan menghilangkan diri tiba-tiba pun kau sanggup.
.
.


Bergantung kepada jenis malu yang kau dapat...


Malu sebab kegagalan?
Malu sebab anak jiran kau lagi bagus dari anak kau?
Malu sebab kau miskin?
Malu sebab perangai kau macam beruk?
Malu sebab kau silap tegur orang?
Malu sebab terjatuh dalam longkang sedalam tiga kaki?
Malu sebab kau pakai baju terbalik?



Hey.. jangan kau gusar sebab kau malu. Itu lumrah secebis kehidupan. Untuk kau perbaiki lagi. Supaya malu kau menjadi pengajaran. Jadi lebih baik. Siapalah aku yang serba kekurangan untuk mengajar kau.



..Sebab aku sendiri pun malu..

- "Being ignorant is not so much a shame as being unwilling to learn."
BENJAMIN FRANKLIN



p/s: Baru lepas kantoi. Muka dah merah dah ni.. Aww~

6 ubat:

CaBaiKeRinG 13 Februari 2009 pada 12:28 PG  

wakaka..

apa yang kantoi dik?

kencing atas tilak ke?

cabaikering...

*pil.tahan.sakit* 13 Februari 2009 pada 1:06 PG  

@cabaikering - huhuhu..takde arr sampai begitu kak.. adalah kisahnya.. hahaha..

farah, s. 13 Februari 2009 pada 4:32 PG  

ade mende yg perlukan sikap malu tu. asal jgn malu tak bertempat. huhu.

kantoi ape ni eh..haha

Atira. 14 Februari 2009 pada 1:55 PG  

susah la nak explain perasaan malu.

kadang2 dia datang tak bertempat. :P

yada 14 Februari 2009 pada 3:28 PTG  

hik, pil kantoi....

kantoi ape tu?

but i guess ure right...
malu... its just a normal thing to do as a human, sape tak penah malu, given any situation pun...

chill!

*pil.tahan.sakit* 14 Februari 2009 pada 7:00 PTG  

@Farah, @Atira & @nurul - hehe actually malu sbb terjerit panggil kawan..tapi salah orang.. Malu gila okay.. tgh bus stand pulak and ramai orang pulak time tu. oh oh.. rasa nak letak muka ni dalam beg je.. :P

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP