22: Oh! Tolong Beritahu Aku Kenapa?

Ahad, 1 Mac 2009

Modul #1

Kelas Tender Documentation terpaksa dibatalkan pada hari Jumaat kelmarin. Aku terpaksa bersiap dan gerak ke dewan utama di Menara UiTM pada awal pagi dengan hati yang malas. Teruk sangat kesesakkan tempat aku belajar sekarang. Masing-masing sudah berkereta. Termasuk aku. Terpaksa berebut-rebut, nak bertekak dengan pensyarah dan PakGad sebab hal tempat letak kereta yang semakin tak cukup. Kalau lah aku boleh menunggang motor. Aku sanggup. Tapi Mem tak bagi sebab faktor keselamatan.


Aku tahu bosan sangat duduk di dalam dewan besar itu. Dengan slot ceramah yang kebanyakkan pasal kerjaya dan temuduga serta resume. Sampai aku pun tersengguk-sengguk. Sudoku even Reader's Digest dan walkman pun tak membantu. 


Cuma aku sedikit tertekan dan tak faham dengan perempuan-perempuan yang suka konsep 'klik' atau BFF 'Best Friend Forever' ini. Aku tak suka nak senaraikan macam mana mereka ini. Sebab aku pun perempuan juga.

Tapi sekurang-kurangnya tolonglah menjaga adab kelakuan. In case kau tak faham bahasa Inggeris.. cuba belajar fahami. Dan sebutan tolong betulkan. Bukan perlu kau bergelak-gelak kuat dibelakang dan didepan aku. Bergossip dalam slang dan loghat kamu dengan kuat. Nak ke toilet pun perlu berteman ramai-ramai. Slot tak habis nak lari balik. Laluan sempit tapi aset kau besar pun nak lalu juga. Kau pijak sandal aku. Kedatangan kawan baik yang tak datang pun nak tolong tandakan. Oh hello Kevin Zahri pun korang tak kenal ke? Please read a lot. He is a good mentor kalau korang-korang ini nak slim kan badan. Dan jangan salahkan apabila kau susah nak temuduga kerja kelak dengan info yang ada tapi kau tak catat. Sorry i can't predict your future.


Aku pernah dengar satu pendapat. Duduk di belakang tak berkat berbanding duduk di hadapan. Tapi aku lambat sebab berebut parking terpaksa duduk dibelakang. Serius pandangan aku kabur dan kurang jelas slide presentation penceramah. Sebab aku rabun jauh.



And i know, aku bukan baik sangat pun. But please show some respect when you are attending the formal event. Kita bukan budak sekolah lagi. Atau kau mungkin sesuai jadi surirumah sahaja.

***

Modul #2

Sama seperti hari Jumaat. Tapi kali ini aku tak perlu berebut-rebut lagi. Walaupun hari Sabtu sepatutnya hari 'recharge energy' aku. Oleh sebab program di fakulti sahaja. Senang. Memang aku rimas di tempat yang ramai. Rasanya modul pada hari ini memang terbaik dan terakhir yang aku datang. And i'm proud with my classmates too. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. But both of us gives best ideas for the program activities. Juga untuk course lain juga memang tak menghampakan. Sungguh!

Oh! kumpulan kami kena berlakon. Kalau aku dapat video rakaman dari kawan aku. Nanti rajin aku upload ya? Sebab ini semua spontan dialog. Ini pun tempoh yang diberi memang terhad. Gambar di bawah latihan yang dibuat dalam studio aku masa lunch break.

Scene #1: Temuramah pasal lepak


Scene #2: Temuramah pasal rempit. Aku pun terlibat dalam scene ini.


Scene #3: Temuramah pasal pendatang asing. Serius aku tak boleh tahan gelak sampai mengalir air mata tengok scene ini.



Memang kali ini aku puas hati sebab program di dewan kuliah je. Mungkin sebab faktor kedap bunyi dan pelajar yang hadir tak hampir memenuhi dewan. Memang tak best la kalau korang ni nak sembang atau tidur kan? Tak manis pula.. :)




p.s: Aku tak berapa faham kenapa perlu wajib tahan skrol kalau tak hadir modul ini. Ini pun sebab kalau terpaksa datang. Cuma sekadar penuhkan kedatangan. Tapi sekurang-kurangnya ia dapat dimanfaatkan untuk akan datang. Sekadar keperluan selepas grad nanti :)

p.s update: Hari Ahad ini ada sport days event course aku. Nanti aku cerita lagi..

Ta~

1 ubat:

yada 9 Mac 2009 pada 1:18 PG  

babe, sampai kene tahan scrol?

ape ke gila ni.. hehe..
i dulu ade ke event tahan scrol ek.. cant recall, takdela tu kot...

takpe u dah attend dgn berjaya kan... scrol akan jadi milikmu..

soon..........

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP