26: Bagaimana Penat Menjadi Bumi?

Jumaat, 20 Mac 2009

Banyak sungguh hal yang berlaku dalam seminggu dua ini. Yang mana menguji fizikal dan mental aku. Walau macam mana pun, yang selebihnya biarlah ia simpan sedalam mungkin. Cuma sekarang ini, beberapa perkara lain juga perlu diuruskan. Hidup juga kena diteruskan.


...

Ok. Walaupun course aku majoriti ada related dengan environment. Tak bermakna aku tak ambil kisah dengan perkara serius seperti global warming atau pemanasan haba. 

Kamu semua pun mesti selalu merungut bahang kepanasan pada waktu siang. Suhu alam yang tidak sekata. Bukan aku cakap duduk di bandar itu salah dan duduk di kampung itu bagus. Waima kesan dari panas-tak-bertempat ini juga cukup terasa di mana-mana. Yang lebih worse dan teruk sekali adalah untuk masa depan. Cuma beberapa lama dahulu penduduk dunia tak begitu concerned pasal hal ini yang mana semuanya lebih tertumpu kepada pembangunan dan keuntungan berlipat ganda.

Perkara ini juga mengingatkan aku mengenai Hari Alam Sekitar untuk course department aku semalam. Manusia yang berkuasa means yang berpangkat tinggi lebih mementingkan keuntungan. Jadi perkara yang penting seperti EIA - Environment Impact Assesment, ramai yang memandang ringan. Ini sering terjadi di Malaysia. Sebab banyak yang libatkan duit di bawah meja. Orang atas bagi line clear tanpa fikirkan hal dunia yang semakin panas. Orang bawah boleh buat apa?

Contoh terdekat kamu boleh ambil - jangan difikirkan sangat iklan membeli rumah banglo 3 tingkat yang kamu idamkan itu mempunyai fasiliti dan kemudahan yang bagus. Hijau lah, ketenangan lah, 10 minit dari KL lah. Tapi pernah kamu survey tempatnya di mana? Atau mungkin selepas kamu beli dan bayar duit deposit. Masuk rumah baru. Alih-alih ada kilang haram, kilang batu, kilang babi, loji, lombong, sebelah kawasan kejiranan kamu. Kesannya kamu telah tertipu. Dan mulalah keluar media, tv salahkan pihak satu sama lain. Jadi yang salah siapa? Pemaju perumahan? Jab alam sekitar? Orang atasan yang bagi kelulusan tanah? Pembeli rumah?..

Banyak lagi kesan yang lain berkaitan dengan environment - CFC, Green House effect, Urban Heat Island, etc. Tapi yang perlu di mulakan adalah dari kita sendiri.  Setiap yang berlaku juga bermula dari kecuaian kita sebagai manusia. Kita sendiri pun nampak perubahan alam yang berlaku. Benda yang belum pernah terjadi pun mungkin boleh terjadi.

Jadi bila aku rasa menyokong Earth Hour juga salah satu dari kesedaran betapa pentingnya dan penatnya menjadi sebuah bumi yang umurnya sudah menjangkaui berjuta-juta tahun. Kempen yang mudah. Cuma bertahan sejam sahaja tanpa memasang lampu. 28hb Mac, 8.30 malam sehingga 9.30 malam. KLCC dan KL Tower pun akan ambil bahagian. Bagaimana dengan kamu?



p.s: Vote Earth sambil mendengar lagu dari favourite all-time band aku - Naif :)


2 ubat:

bakrihafizhisham 23 Mac 2009 pada 10:03 PTG  

ni gimmick jeh.
dah lah orang lain tutup semua electrical appliances (correct me if im wrong),dan buat selama 8jam.

malaysia punya effort sebesar taik idung je.

eh kau ok?
post sebelum ni saje tak boleh comment>

*pil.tahan.sakit* 24 Mac 2009 pada 12:35 PG  

@bak: sejam tutup lampu macam2 boleh jadi ni hehehe >:)



p.s: aku ok alhamdulilah..tapi biasalah kerja final stress + hal family sket hehehe..post entri sebelum ni mmg tutup komen..tp semua getting ok right now..ayah aku pon dah sehat sket after bypass surgery

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP