39: Hero Pujaan?

Khamis, 25 Jun 2009

Dah bersawang dah blog ini. Maksudnya dah berminggu tak 'memberi makan' entri. Cuma hari ini special sangatlah maka ada entri baru. Nak buat macam mana kalau matlamat hidup masih samar-samar lagi. Mungkin sebab itu lama tak menulis.




'Hensem' nya jejaka pujaan di atas seperti zaman-zaman Hail Amir dan Dj Dave. Macam radio Klasik fm yang selalu diputar oleh Mem setiap malam. Begitu jugalah aku yang kini menjadi pemandu atau 'driver' tetap untuk menjemput Babah setiap kali pulang kerja. (Dah takda kerja kan.. Apa boleh aku buat..)

Aku teringat sewaktu zaman aku kecil dengan adik aku. Masing-masing baring di pangkuan beliau sambil mengorek telinga kami dengan cotton bud. Dan betapa istimewanya masakan yang beliau masak setiap kali Mem pergi outstation. Juga risaunya aku sewaktu beliau dimasukkan hospital untuk Bypass Surgeon awal tahun ini sehingga tergendala kerja-kerja final thesis aku. Tapi aku berjaya buktikan aku juga boleh dapat Kelas Kedua Tertinggi.




Selamat Hari Jadi ke-53 buat Encik Abdul Halim Ramly dan semoga menempuh hari-hari yang akan datang dengan sihat sejahtera kehendak-Nya. Best man ever! Selamat Hari Babah juga.. :")



p.s: Apa aku boleh buat lagi?

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP