48: Whateveraya?

Sabtu, 26 September 2009

Kampung Sg Balai, Bagan Datoh beberapa tahun lepas dan masih lagi sama. The best place ever :)

Salam Aidilfitri selepas berpuasa sebulan. Setelah 'cuti raya', bermulalah musim bekerja minggu depan. Malas lah bila dah bercuti panjang. Project work yang bertangguh sebelum cuti kena selesaikan. Harus bekerja keras sekarang.

Edisi pulang ke kampung bermula pada hari Sabtu pagi. Tahun ini beraya pertama di Bagan Datoh, kampung belah mak. Sebab as usual tiap-tiap tahun mesti kena beraya di Sabak Bernam, belah ayah. Sepanjang Aidilfitri tahun ini, bagi aku kurang berapa meriah berbanding tahun lepas. Biasalah we are no longer as a kids anymore. Cukuplah melengkapkan syarat menyediakan persiapan raya tahun ini pertama kali sebab dah ada pendapatan sendiri.


Setiap tahun raya ada kisah masing-masing. Termasuk juga aku. Dan menyebabkan ia kurang meriah adalah:

  • Raya tahun ini tiada hidangan kegemaran aku ketupat palas, sambal tahun (jawa) dan ayam kampung masak kicap. Lama setahun dah aku tunggu. Huhuhu :'( Digantikan dengan rendang walau aku kurang menggemari rendang kerana terlalu 'berat'.
  • Tiada rancangan menarik di Aidilfitri, ni semua gara-gara sepupu aku yang menyebabkan fius tv terbakar. Jadi malam-malam raya diisi dengan bersembang sehingga tidur awal.
  • Tahun ini raya tak ada mercun disebabkan ada baby baru. Dan hantu-hantu kaki mercun/bunga api pun tak balik raya sebab nak periksa.
  • Raya pertama dikerah menjadi 'bibik' menghidang tetamu di dapur dan tak dapat join pergi beraya. Baju raya pun tak sempat nak rasa raya pertama. Huhuhu
  • Raya kedua di kampung belah ayah dengan 'masalah-masalah' lain.



Ok, harap raya-raya anda ceria berbanding aku. Walau terdapat kekurangan, tetapi kemeriahan raya bersama keluarga itu penting selain dapat memanfaatkan ikatan kekeluargaan seperti beraya di rumah saudara-saudara lain. Insya Allah, tahun depan raya boleh balas dendam pulak.
Andai terkasar bahasa, salah dan silap. Selamat Hari Raya.



p.s: Tak ada gambar raya tahun ini. Sebab sekarang tengah berjimat cermat untuk 2-3 bulan demi 'anak baru'. Mungkin akan diganti dengan meriah untuk Raya Haji hujung tahun ini?

Read more...

47: Fulus atau Mulus?

Isnin, 14 September 2009


Mulakan dengan kurma sebagai pendahuluan

Sabtu lepas adalah hari minggu yang terakhir untuk buat preparation yang mesti last minute with my bestie. Ini pun dah cukup buat aku rabak. Ikutkan hati banyak lagi tak cukup. Tapi yang penting secara bersederhanalah. Beli apa yang perlu, duit gaji aku kena lah spend it wisely. Cuma adalah terbazir sikit. Kebiasaannya, waktu-waktu macam ini lah semuanya sesak dengan macam-macam ragam orang.


Had special Iftar lain dari makanan yang dah bosan nak tengok - ayam. Dan aku tak faham kenapa setengah orang suka sangat makan ayam berbanding ikan. Contohnya adik aku. Nasib baik dapat booking awal. At least, aku tak payah nak berebut-rebut nak cari port last minute juga.

Macam ini pun dah lebih dari cukup sedap takkan nak Ayam juga?

Aidilfitri yang semakin hampir. Kurang seminggu lagi. Raya tahun ini pun rasanya sama seperti tahun-tahun yang lepas. Cukup melengkapkan syarat Raya je.. Yang penting ada lagu Raya, baju Raya, kuih Raya, dan Jalan-jalan Raya yang sesak. Maaf lah duit Raya tahun ni untuk bawah 15 tahun - tak ada. Pokai. Hehe..


Pesan aku satu je - Semoga Aidilfitri anda tahun ini baik-baik semua. Bergembiralah dan bermaaf-maafan dengan orang tersayang. Berhati-hati di jalan raya sebab speed trap sentiasa bersedia untuk anda :)


*Al-Fatihah dan takziah buat kawan kelas - Saifullah An-nasr yang kematian ayahnya. Received his sms after iftar jumaat kelmarin pasal ayah dia yang tengah tenat di HUKM. Still aku tak tahu maybe punca sakit? Semoga tabah menghadapi dugaan. Touching pula aku kalau bab begini sebab aku teringat masa ayah aku bypass operation early this year.. worried :(


p.s: Supposed ada jamuan berbuka dengan ex-classmates Ahad semalam. Terpaksa ditangguhkan lepas raya je before convocation untuk makan ramai-ramai dan sebagai menghormati Anas.

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP