48: Whateveraya?

Sabtu, 26 September 2009

Kampung Sg Balai, Bagan Datoh beberapa tahun lepas dan masih lagi sama. The best place ever :)

Salam Aidilfitri selepas berpuasa sebulan. Setelah 'cuti raya', bermulalah musim bekerja minggu depan. Malas lah bila dah bercuti panjang. Project work yang bertangguh sebelum cuti kena selesaikan. Harus bekerja keras sekarang.

Edisi pulang ke kampung bermula pada hari Sabtu pagi. Tahun ini beraya pertama di Bagan Datoh, kampung belah mak. Sebab as usual tiap-tiap tahun mesti kena beraya di Sabak Bernam, belah ayah. Sepanjang Aidilfitri tahun ini, bagi aku kurang berapa meriah berbanding tahun lepas. Biasalah we are no longer as a kids anymore. Cukuplah melengkapkan syarat menyediakan persiapan raya tahun ini pertama kali sebab dah ada pendapatan sendiri.


Setiap tahun raya ada kisah masing-masing. Termasuk juga aku. Dan menyebabkan ia kurang meriah adalah:

  • Raya tahun ini tiada hidangan kegemaran aku ketupat palas, sambal tahun (jawa) dan ayam kampung masak kicap. Lama setahun dah aku tunggu. Huhuhu :'( Digantikan dengan rendang walau aku kurang menggemari rendang kerana terlalu 'berat'.
  • Tiada rancangan menarik di Aidilfitri, ni semua gara-gara sepupu aku yang menyebabkan fius tv terbakar. Jadi malam-malam raya diisi dengan bersembang sehingga tidur awal.
  • Tahun ini raya tak ada mercun disebabkan ada baby baru. Dan hantu-hantu kaki mercun/bunga api pun tak balik raya sebab nak periksa.
  • Raya pertama dikerah menjadi 'bibik' menghidang tetamu di dapur dan tak dapat join pergi beraya. Baju raya pun tak sempat nak rasa raya pertama. Huhuhu
  • Raya kedua di kampung belah ayah dengan 'masalah-masalah' lain.



Ok, harap raya-raya anda ceria berbanding aku. Walau terdapat kekurangan, tetapi kemeriahan raya bersama keluarga itu penting selain dapat memanfaatkan ikatan kekeluargaan seperti beraya di rumah saudara-saudara lain. Insya Allah, tahun depan raya boleh balas dendam pulak.
Andai terkasar bahasa, salah dan silap. Selamat Hari Raya.



p.s: Tak ada gambar raya tahun ini. Sebab sekarang tengah berjimat cermat untuk 2-3 bulan demi 'anak baru'. Mungkin akan diganti dengan meriah untuk Raya Haji hujung tahun ini?

0 ubat:

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP