Waktu memandu berkeupayaan mengundang sakit jiwa. Aku bajet 10 tahun lagi boleh kena tekanan darah tinggi. Ini macam pun boleh jadi punca-punca awal.
Orang yang memandu buat jalan macam nenek moyang dia punya. Oh! Aku benci lah waktu kau dah lambat dan nak cepat untuk ke sesuatu tempat. Tiba-tiba ada halangan di depan kamu. Nak potong pun jalan tengah sibuk. Sakit Hati! Nak-nak kalau ada 'belangkas' dalam kereta tu. Gosh!
Orang yang memotong barisan sewaktu membayar di kaunter. Kat tol pun boleh terjadi. Kamon lah.. Yang tiba-tiba mencelah laluan kamu pon sama macam haram.
Orang yang block kereta kamu di parking dan orang yang suka parking kereta sesuka hati cucu cicit dia. Ini sudah melampau ye. Nanti saya calar kereta kamu. (Selalu terjadi kat kawasan kejiranan aku. Bila masa secara purata sebuah rumah = 5-6 buah kereta. Dah kaya sangat. Macam ini lah!)
Orang yang mencucuk-cucuk kereta kamu sewaktu memandu. Kebiasaannya aku takkan bagi laluan kat kamu. Nak potong sila lompat.. Ada berani?
Orang suka modified kereta macam 'bagus'. Ini selalu terjadi kepada kereta-kereta buatan Malaysia terutamanya wira/waja lah yang rasa-rasa nak beli Evo tapi tak mampu. Aku tak sukalah.
Kereta yang 'sensitif'. Belum sentuh apa-apa dah bising. Nak terjadi pada waktu tengah malam sewaktu kamu tidur. Kucing lalu pon dan bising atau mungkin angin tiup?.. Hish.
Orang yang tak bagi signal nak masuk selekoh. Atau bagi signal last minit. Kamu tahu? Bila kamu buat perangai macam ini. Peratus untuk menjadi bodoh amat tinggi ye..Sebab orang yang sakit hati itu akan mendoakan kamu macam-macam celaka.
Orang yang bawa motor macam motor dia tu besar sampai perlu untuk di bawa tengah jalan? Kalau aku jahat, aku langgar je kau..
Lori atau bas yang mengeluarkan pencemaran yang tinggi. At least, bau lori sampah lagi elok dari bau asap kenderaan tu..
Lori atau bas yang membuat selekoh macam s.i.a.l dan hampir membahayakan pengguna kereta dan motor.
p.s: Sila jauhkan diri anda dari lori yang dibawa oleh kaum india ini. Bahaya. Sebab dorang bawa macam gila.
Banyak sungguh hal yang berlaku dalam seminggu dua ini. Yang mana menguji fizikal dan mental aku. Walau macam mana pun, yang selebihnya biarlah ia simpan sedalam mungkin. Cuma sekarang ini, beberapa perkara lain juga perlu diuruskan. Hidup juga kena diteruskan.
...
Ok. Walaupun course aku majoriti ada related dengan environment. Tak bermakna aku tak ambil kisah dengan perkara serius seperti global warming atau pemanasan haba.
Kamu semua pun mesti selalu merungut bahang kepanasan pada waktu siang. Suhu alam yang tidak sekata. Bukan aku cakap duduk di bandar itu salah dan duduk di kampung itu bagus. Waima kesan dari panas-tak-bertempat ini juga cukup terasa di mana-mana. Yang lebih worse dan teruk sekali adalah untuk masa depan. Cuma beberapa lama dahulu penduduk dunia tak begitu concerned pasal hal ini yang mana semuanya lebih tertumpu kepada pembangunan dan keuntungan berlipat ganda.
Perkara ini juga mengingatkan aku mengenai Hari Alam Sekitar untuk course department aku semalam. Manusia yang berkuasa means yang berpangkat tinggi lebih mementingkan keuntungan. Jadi perkara yang penting seperti EIA - Environment Impact Assesment, ramai yang memandang ringan. Ini sering terjadi di Malaysia. Sebab banyak yang libatkan duit di bawah meja. Orang atas bagi line clear tanpa fikirkan hal dunia yang semakin panas. Orang bawah boleh buat apa?
Contoh terdekat kamu boleh ambil - jangan difikirkan sangat iklan membeli rumah banglo 3 tingkat yang kamu idamkan itu mempunyai fasiliti dan kemudahan yang bagus. Hijau lah, ketenangan lah, 10 minit dari KL lah. Tapi pernah kamu survey tempatnya di mana? Atau mungkin selepas kamu beli dan bayar duit deposit. Masuk rumah baru. Alih-alih ada kilang haram, kilang batu, kilang babi, loji, lombong, sebelah kawasan kejiranan kamu. Kesannya kamu telah tertipu. Dan mulalah keluar media, tv salahkan pihak satu sama lain. Jadi yang salah siapa? Pemaju perumahan? Jab alam sekitar? Orang atasan yang bagi kelulusan tanah? Pembeli rumah?..
Banyak lagi kesan yang lain berkaitan dengan environment - CFC, Green House effect, Urban Heat Island, etc. Tapi yang perlu di mulakan adalah dari kita sendiri. Setiap yang berlaku juga bermula dari kecuaian kita sebagai manusia. Kita sendiri pun nampak perubahan alam yang berlaku. Benda yang belum pernah terjadi pun mungkin boleh terjadi.
Jadi bila aku rasa menyokong Earth Hour juga salah satu dari kesedaran betapa pentingnya dan penatnya menjadi sebuah bumi yang umurnya sudah menjangkaui berjuta-juta tahun. Kempen yang mudah. Cuma bertahan sejam sahaja tanpa memasang lampu. 28hb Mac, 8.30 malam sehingga 9.30 malam. KLCC dan KL Tower pun akan ambil bahagian. Bagaimana dengan kamu?
p.s: Vote Earth sambil mendengar lagu dari favourite all-time band aku - Naif :)