70: Surprises?

Sabtu, 24 Julai 2010

Sukanya! Suatu hari dapat annoucement dari Samsung mengenai cabutan bertuah edisi ke-2 ini. Ok, tapi bukan menang telefon bimbit ni. Kira nasib baik juga lah kalau dapat jadi salah seorang dalam list cabutan bertuah. Siapa tak nak kan sebab 50 orang je terpilih dan boleh menjadi hadiah hari jadi aku terbaik.

cuba cari yang mana saya :)


Selepas beberapa proses emel dalam beberapa minggu, tiba-tiba dapat call dari Fedex yang nak hantar bungkusan. Oleh sebab aku dah on the way ke tempat kerja. Jadi bungkusan tersebut terpaksa ditinggalkan dalam kebasahan hujan di luar rumah. Nasib baik lah tak lebat sangat dan sampul pun tak basah.. Pheww!

..dan ini yang aku dapat.


Kredit hadiah daripada Samsung. Sebenarnya tak sangka boleh dapat headset. Sebab motif utama bermain game Samsung Wave ni pun sebab game ni mempunyai ciri-ciri yang comel dan menarik.

teamwave beratur panjang dalam barisan

Cuma perlu melawat dan mengumpul lebih ramai kawan-kawan untuk membentuk satu barisan yang paling panjang. Dan pemenang yang mempunyai barisan yang panjang akan menang sebuah telefon bimbit. Tapi buat masa ini pemain dari India, Turki dan Filipina mempunyai lebih ramai penyokong berbanding negara kita sendiri.

teamwave berjoget-joget


p.s: Tengah runsing memikirkan sebab dapat hadiah misteri berupa bag. Sangat curious siapa yang membelikan bag ini daripada online dan hantar via skynet. Siapa pula makhluk alien ni??? Aduh..

0 ubat:

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP