15+1: Agak-agak Boleh Ke?

Sabtu, 31 Januari 2009

Ok arr.. Aku takde la cool pun. Jauh sekali. Terima kasih.

Sebab aku tak ada SLR / lomo walaupun aku minat fotografi ini. Aku tak mampu nak beli. Tapi kenapa aku tengok dah ramai gila ada benda ni walaupun harga dah semakin jatuh? Ulang lagi. Aku masih tak mampu nak beli atau nak berlagak gantung di leher.

Sebab aku tak ada bakat nak buat band. Apa indie-indie semua? Kalau naik pentas pun aku dah cuak. Segan ok? Btw nyanyi sambil memecut kelajuan di trafik paling aku suka.

Sebab aku tak kreatif nak buat short film. Aku tak ada idea nak tulis skrip atau nak jadi direktor macam Ahmad Nisfu. Nak tulis blog ini pun aku tak ada idea.

Sebab aku tinggi tapi berangan nak jadi model. Oh tidak. Aku berat. Tu kene reduce sikit.

Sebab aku tak clubbing atau ke parti-parti. Juga nak berpapan dansa. Atau bergambar dengan kasut gladiator?

Sebab aku tak ada gadget mahal-mahal? Psp, PDA, telefon bimbit mahal dan terkini? Handphone aku pun tak ada 3G beb..

Sebab aku mahu habiskan belajar cepat.
Sebab aku tak bekerja lagi..


Kredit to Cik Dila Raden





*Sambil menghiburkan diri dengan Wolfmother - Joker and The Thief.



Pensil, Felt-tip pen, butterpaper, photoshop, illustrator, autocad, sketchup; = kawan aku.
Aku mungkin rasa cuma ada bakat dalam art and design je.

Korang agak ada ke yang nak pakai ini?



Kredit Design


p/s: Bosan duduk rumah while your parent is having a great holiday at Pangkor for two days. Rugi diri sendiri tak ikut padahal aku nak lari dari kerja ini?

Read more...

15: Boleh Tak Taip Huruf Jawi Pulak Lepas Ni?

Jumaat, 30 Januari 2009

Huhuuhu..

Sudah hampir rabun menaip huruf-huruf rumi pada papan taip.
Dari celik mata sampai menutup mata.
Dah tidak ada kerja lain lagi.
Lagi beberapa hari cuti nak habis.
Malas.
Malas lagi.


Terkial-kial nak cari definisi rekabentuk ruang.
Dalam buku setebal lebih duaratuslimapuluh muka surat.
Dari Roger Trancik ke Kevin Lynch.
Dan ntahape jenis buku perancangan rekabentuk.
Masih ragu-ragu lagi nak cari rujukan kes.
Dah macam skema.
Baru masuk tiga muka surat.
Cukup ke?


Esok mahu berehat lah.
Keluar ambil oksigen segar.
asjfb;ej#$%jdiha;wtf!

Oh ya.. esok kalau kesempatan malam esok.
Mungkin ke SANA..


Aku sudah gian teruja dengan huruf-huruf 'kinetic typography'.
Sila menggilakan dunia diri anda dengan tarian huruf-huruf rumi ini sebagai penutup entri ini..


Ta!






p/s: Hebat tak entri ini ditaip tepat pukul 00:00. Sungguh teruja kan? Lama tak joging..tapi petang-petang selalu hujan je..

Read more...

14: Bila Hujan Nak Berhenti?

Selasa, 27 Januari 2009

Mood cuti seminggu. Lagi tebal 4 inci dari buku-buku assignment dan kasut heels kamu. Sudah seharian hujan petang. Paling syurga adalah makanan dan televisyen. Itu yang perlu di jauhi...


(Saje taruk besar-besar) Oh udang tempura yang menggoda aku dengan begitu seksi untuk masuk ke dalam perut, terpaksa ditepis! Udang is a no-no food for a while. Dem.


Di atas ini adalah semalam. Sebagai hadiah buat harijadi adik lelaki aku minggu lepas. Menu wajib setiap tahun kelahiran dia sejak 10 tahun lepas. Sudah tidak mahu kek lagi. Tak cool.


Yang paling sibuk sekali kakaknya. Ya..tentu sekali aku yang menyuruh Mem membeli itu. Teringin.


Minggu lepas cuma dikhabarkan ucapan melalui mesej ringkas sahaja tepat tengah malam. (Sebab dia duduk jauh kat Unisel) "Wei budak gmok! Selamat Hari Tua". Memang ringkas (sebab aku tak ngaku aku lagi tua dari dia - jiwa muda. ceh!). Seringkas lagi sebab hanya aku dan dia sahaja, satu-satu saudara yang keluar dari perut yang sama. Sepasang ringkas.


Ada orang cakap bosan. Ada yang cakap seronok. Bagi aku, terpulang. Mungkin sedikit bosan. Apabila kau balik rumah yang hidup cuma kau seorang sahaja. Tapi kalau aku di situasi yang ramai. Sakit kepala. Rimas. Ini semua kemungkinan kan? Bagaimana kau tempatkan diri kau dari sesuatu tempat.


Tapi cuti seminggu ini. Aku rasa dah lengkap. Sebab semua ada kat rumah. Spend some quality time with them. It was really precious!



Ok. Tutup cerita.

Sejuk pula hujan-hujan ini. Aku sudah jadi malas. Kerja-kerja masih banyak perlu dibereskan. ZzZzzztT... (Ini paling kuat menghasut)


..Sudah tentu sekali bukan aku.. (-.-")



p/s: Akak, nak jadi kakak saya tak?

Read more...

13: Ada Angpow Untuk Aku Tak?

Ahad, 25 Januari 2009

Tong Tong Cang!~ Tong Tong Cangggg!!~

Kong Hee Fatt Choy..

Esok mari pakai baju warna merah dan minta angpow pada jiran cina anda di sebelah..
Tak salahkah? Saja nak pupuk semangat muhibbah..
Chewah!

Wa sikalang cuti satu minggu wo..
Tapi kileja wa sangat manyakk..
Wa tilak ada masa suma mau suka suka lia..

Ini tawun.. wa mau minta sama lu suma olang
Lu talak main itu bunga api manyak wor..
Lu jangan bawak keleta lu laju laju..
Itu pasai cuti seminggu wa tamau manyak olang mati sana sini
Kita mau kena sayang pada lu punya dili sendili..
Macam wa sayang sama lu jugak wo..
Mau jadik baik baik.. Balu lu olang bole dapat manyak ong..

Hahahar..

Sila isikan (money) dan 运气 (luck) ke dalam 'SAMPUL HIKMAT' saya


p/s: Amcam layout baru?.. fuh

Read more...

12+1: Siapa Tahu?

Jumaat, 23 Januari 2009

Berapa banyak ubat tidur dalam setiap botol ubat batuk?

Sapa dapat jawab?




Dapat selsema dan sakit tekak pulak.
Umpama seperti kau goreskan anak tekak kau ke batu kerikil dan tar kat atas jalan tu..
Peritnya..


Lepas ambil dadah malam tadi. Aku 'high' 30 minit selepas itu. Terus tumbang..



Dan aku hampir lewat ke kelas pagi tadi akibat ubat batuk ini..
Kepala pun rasa 'high' je masa memandu ke kelas.
Kalau takde kelas pagi tadi.. Mungkin sampai ke tengah hari pun aku tak bangun lagi


Jangan suruh aku ponteng. Sebab ponteng aku dah padamkan dalam list tahun baru aku. Kalau tak datang. Aku akan jadi antara orang-orang yang rugi untuk mengutip ilmu (ceh!)



Nasib baik kelas pulang awal tadi. Sebab lecture pun nak sakit jugak.. Theee~~




p/s: Apa punya ubat batuk daaaa....

Read more...

12: Sudah Tidak Tahan Lagi?

Khamis, 22 Januari 2009

Dah berapa hari tak tulis entri..
Hmm..

Aku sedang berpenyakit. Sebab 'penyakit' ini juga aku sekarang perlu bertegas untuk menahan diri dari godaan makanan laut. Ya sudah tentu 'elergik'!.. Bencinya..


Selamat tinggal udang masak paprik..tomyam..masak lemak..dan sewaktu rasa dengannya~


Aku memang perlu dan desperate dengan ubat sekarang ini. Ok ok... pagi nanti aku akan jumpa dengan doktor. Mem dah bising. Sepatutnya dari minggu lepas aku perlu jumpa dengan doktor. Oleh sebab kesibukkan tahap gaban dengan kerja final membuatkan aku bertangguh untuk date dengan doktor.



Kali ini aku nak injection..

Aku juga perlu antibiotik lebih kali ini..

Tak kira.. apa jenis ubat sekalipun..





Sudah tidak tahan lagi rasanya melihat 'tanda-tanda' ini..urgh!
*
*
*
*

p/s: Tiada lagi char kuey tiow, mee rebus dan rojak buah campur petis! *Sedey~

Read more...

11: Apa Yang Tinggal?

Sabtu, 17 Januari 2009

Ohoi..!

Bosan sungguh kebelakangan ini. Mak ayah aku takde. Dah 5 hari balik kampung. Tinggal la aku sorang kat rumah.

*Sambil menonton filem cerekarama seram kat tv3.. Aku tak tau tajuk ape.. Oh hell! aku benci filem seram di waktu tinggal sorang-sorang ni nanti tak boleh tido malam. Arr.. kira aku ni penakut jugak lah.. huhuhu


Ok.. Sejak 5 hari mereka takda kat rumah. Aku lebih senang beli kat luar dari memasak untuk perut aku seorang je. Cuma tadi, aku teringin nak makan mee segera dan memasaknya dengan memasukkan banyak fish ball and crabs ball..

..Makan dengan gembira sekali (^_^)..

"Save the best for the last" - ayat ini kebiasaanya merujuk kepada satu habit. Habit yang mana aku akan simpan sesuatu yang paling best dan sedap untuk dimakan pada suapan terakhir. Tak kisahlah, kebiasaannya ada yang simpan kulit ayam, fish ball, kentang, tempe dan macam-macam lagilah.


Kadang ada yang sanggup berebut sebab kawan atau adik korang rampas suapan terakhir tu. Hehe.. Aku tahu korang yang membaca entri ini ada habit ini juga kan? Jadi apa suapan terakhir anda tu? Mau kongsi?
*
*
*
*
*
*
p/s: Aku gila minum teh hijau!

Read more...

10: Panas atau Sejuk?

Jumaat, 16 Januari 2009

Ok.. Mari menulis entri. Entri yang sepatutnya ditulis petang tadi. Aku lewat sehari je.
Takpe.

Lagipun aku baru je balik kelas pukul 10 malam tadi. Lesson dat i will get in future from the lecturer today, Professional Practice. Mungkin banyak kepada topik proses dalam membikin Angan-angan Sdn. Bhd. kelak. Di mana aku mungkin secara realiti atau fantasi bakal menjadi apa yang akan aku jadi selepas aku habis grad nanti?

Bagaimana dengan kamu pula? Pilihan anda sukses ke sekarang ni? Masih berada di tahap memuaskan?
*
*
*
*
*
Berhenti sebentar. Ini baru cerita yang perlu diceritakan, kembali ke 11 jam yang lalu..

..Bukan aku yang present..


Setelah 3 hari berturut-turut menunggu dan menunggu dengan hati yang tidak tenang dan tut bun yang dah kematu kerana duduk dengan lama sebab menunggu hampir 6 jam?.. Peluang baik bagi aku juga yang mana dalam tempoh ini aku mengkaji dan membetulkan kesilapan slide-slide presentation. Bukan kerja senang beb. Banyak juga yang kene bambu sebelum ini. 13 orang pengkritik. Sapa larat? Cuak! Setiap seorang diberi masa 15minit. Tapi sebenarnya lama juga. Akhirnya menjadi setiap seorang hampir ke 30 minit untuk setiap perbentangan. Kalau kelas ada dekat 43 orang pelajar. Berapa lama mau habis?

Tiba masa aku, dengan confident. Aku cuma dapat 20 minit or less. Tanpa kena bambu. Mungkin jampi serapah aku sebelum present? atau mungkin tajuk kajian aku yang mana aku gunakan cara yang paling selamat tanpa memilih tajuk yang merepek? Ok. Tarik nafas dengan lega. Tajuk cadangan pertama dah berjaya diterima dari tajuk yang kedua. Ini baru permulaan dan selepas ini pun panjang lagi jalan prosesnya.



Orait.. aku dah mengantuk. Esok pagi ada kelas ganti. Jaaa..




p/s: Aku teringat lecture aku cakap sebentar masa kelas malam tadi. "Setiap keburukan yang dilakukan. Orang lain akan sibuk cerita pasal keburukan tu. Spread the word very fastly. Dan akan ungkit sampai bila-bila. Tapi kalau pasal kebaikan..takde sapa pun yang kisah. Orang akan cerita kejap je pastu lupa dah". Ia membuat aku berfikir sejenak tentang sesuatu "perkara"....hmmm... Setuju?

Read more...

09: Aku Takde Idea Nak Tulis Tajuk?

Isnin, 12 Januari 2009

Aaa... Gila kan? Esok pagi nak present. Aku sempat lagi nak update blog. Hahaha...

Aku lama tak update.. Rasa macam kurang je entri nanti. Korang tengok la 'azab' baru nih. Doakan tajuk thesis aku berjaya diterima oleh pakar-pakar pengkritik ekk??.. Kena pandai 'goreng' juga.

Kelmarin aku pinjam dekat 10 ketul buku kat library. Penat juga lah nak hangkut. Ada dekat-dekat 20 kilo tak? Ini belum masuk nak pulangkan buku-buku ni nanti.. Mau pancit aku bawak masa nak naik bukit fakulti aku.

Oh! semalam ada cerita aku mahu tulis. Tapi sebab terlalu sibuk nanti lah ekk aku update? Sekarang ni musim hujan. Sila jaga kesihatan anda ya? Nanti sakit sapa lak susah... Selamat Bergumbira dan Ceria!!

p/s: update: Err.. aku bukan rajin sangat.. ini adalah TERPAKSA! oh hell..

Read more...

08: SILA AMBIL PERHATIAN: Sampai Bila Kita Nak Tengok Perkara Macam Ini?

Khamis, 8 Januari 2009

Sudah beberapa hari aku tidak menulis entri. Maaf ya? Kesibukkan dalam mencari tajuk thesis dan case study serta menghabiskan semester akhir tidak menghalang aku menjenguk entri-entri bloggers lain. Cuma aku tak mempunyai kesempatan nak menulis. Sebagai mukadimah tahun baru 2009 dan Muharram ini. Tapi tak salahkan untuk aku kongsikan sedikit pendapat sebagai umat Islam? Kali ini aku nak tulis panjang-panjang sebab aku rasa sudah mampu untuk berfikir dan menilai tentang manusia dekat Bumi ini. Aku rasa terlalu kecewa dan sedih melihat surat khabar dan berita baru-baru ini.



"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui". (At-Taubah ayat 41)

Mungkin kadang ramai yang masih lagi tak puas hati.. komplen makanan yang tak sedap, pakaian tidak cukup branded dan sebagainya? Berapa ramai yang tidak sedar atau lalai? Lumrah manusia yang sudah dari dibiasakan hidup senang. Tapi kita seharusnya sedar erti SYUKUR, sebab syukur kerana kita sejak dari kecil masih lagi bernafas dan cukup segala kemewahan baik dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal..


Tanpa kita sedari atau tidak. Kita jauh lebih beruntung dari golongan yang lain. Jauh lebih sempurna dari mereka. Tapi kekejaman dan penindasan di tanah tempat tinggal mereka adalah satu perkara yang betul-betul jauh lebih teruk untuk golongan umat Islam. Atas nama Islam mereka berjihad untuk menentang Zionis yang sebenarnya hanya pendatang HARAM di bumi Palestin. Keganasan mereka adalah paling KEJAM dalam sejarah dunia moden ini.

Mak, ayah, datuk, pakcik, makcik, abang, kakak, adik serta saudara mara mereka dibunuh dan ditembak dengan kejam tanpa rasa simpati. Korang pernah rasa kehilangan seperti mereka? Sedihkan? Malah tempat tinggal mereka dibom dan dihapuskan. Yang selamat dari nahas pula mungkin meninggalkan kesan parutan dan cacat anggota badan yang kekal. Tapi dendam untuk berjuang menegakkan tanah sendiri dan agama untuk menentang Israel tidak pernah padam. Malah mereka telah dididik dan dilatih sejak dari mula bertatih untuk berjihad.


Palestin merupakan tanah Islam sejak dari dahulu lagi. Tempat arah kiblat pertama umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis yang merupakan antara Masjid yang suci selain dari Masjid Al-Haram,Mekah dan Masjid An-Nabawi, Madinah. Juga tempat Rasulullah s.a.w diangkat Allah s.w.t ke langit melalui kejadian Israq dan Mikraj. Malah ia juga dikenali Ardh Ribath (bumi pertahanan jihad) iaitu orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan orang yang berjihad. Subhanallah..

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian kebesaran dari tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Surah Al-Isra'ayat 1 dan 2)


Sejak pencetusnya ketika Kongres pertama di Basle, Switzerland (1897) yang bertujuan untuk mewujudkan negara Yahudi - Israel. Dan sejak Pengisytiharan Balfour 1917, British jelas telah mencabuli perjanjian antarabangsa dengan membawa masuk Yahudi secara beramai-ramai. Palestin dijadikan negara bagi orang Yahudi yang menjadi mangsa 'holocaust' telah menimbulkan masalah dengan penduduk asal.

Bermula 1947 pendatang Yahudi memiliki hanya tidak sampai 8% dari tanah Palestin. Sehingga tahun 1948, 78% wilayah Palestin telah dikuasai Israel. Perang Enam Hari 1967, menyaksikan 330 ribu rakyat Palestin diusir dan Palestin lenyap dari peta dunia. Malah Masjid Al-Aqsa dibakar dan ancaman tetap berterusan...

Panjangkan entri kali ini? Tapi aku kadangkala cuba bayangkan bagaimana kalau aku dan engkau juga yang membaca entri ini hidup di tanah Palestin. Mampukah untuk bertahan untuk hidup lama?

Dari sini kita sepatutnya bermula untuk berjuang bersama umat Islam di Palestin demi membebaskan mereka dari kekejaman Zionis, antaranya:
  1. Berterusan berdoa ke atas perjuangan umat Islam di Palestin demi keamanan dan keselamatan mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi mereka.
  2. Mengedarkan dan berkongsi maklumat untuk memikirkan cara untuk mengatasi kekejaman yang berterusan (Mungkin untuk jiran-jiran negara Palestin serta pak Arab bersyeikh dan berserban di kepala yang hanya gemar mengumpul harta dan minyak serta mengumpul kekayaan duniawi. Mereka sepatutnya menggunakan harta mereka bagi tujuan melindungi anak-anak Palestin tidak berdosa dengan memberi bantuan perubatan dan makanan)
  3. Menyatakan bantahan secara lisan dan perbuatan. Mungkin mengumpul dana dan sumbangan untuk meringankan bantuan perubatan amat diperlukan. (Klik pada icon derma Palestin di sebelah kanan)
  4. Pulaukan barangan Amerika yang selama ini memberi bantuan kepada tentera Zionis. Sila klik untuk senarai barangan boikot (Maaf, pendapat aku mengenai perkara ini tentu amat sukar sekali. Terutamanya hampir keseluruhan produk keperluan harian yang digunakan adalah terdiri dari barangan Amerikan. Ya.. termasuk Intel yang menjadi memori laptop aku juga. Malah handphone NOKIA kesayangan anda juga. Tapi untuk boikot keseluruhan barang-barang ini haruslah perlu kita fikirkan pro dan kontra. Malah kilang-kilang produk barangan ini juga mempunyai pekerja-pekerja Islam seperti kita yang mencari makan dengan bekerja untuk mencari rezeki keluarga. Kalau kita boikot bagaimana mereka hendak kerja dengan keadaan ekonomi semasa yang sukar untuk mencari pekerjaan lain?)
*
*
*
p/s: Allah Maha Besar! Bencikan keganasan! Aku tak suka ok?? Tak bolehkah bumi ini aman damai dalam satu hari? Sampai bilakah akan berakhir? Berapa ramai kita mahu lihat yang tidak berdosa menjadi mangsa? Sila klik ini untuk maklumat bebaskan Al-Aqsa. Serta ini juga untuk info Palestin. Dan siapa itu Yahudi durjana wtf! Israel Zionis lebih teruk dari Nazi.

Oh.. Aku tak sanggup nak letak gambar yang berdarah ni.. fobia :)

Read more...

07: Berapa Ukur Lilit Perut Harimau?

Ahad, 4 Januari 2009

Tiada kaitan dengan tajuk..

Al-kisah malam semalam satu perjanjian telah dibuat oleh Cik Pijah akibat kebosanan cuti tahun baru yang melampau. Maka untuk menghilangkan kebosanan tersebut beberapa gadis-gadis (berjanji untuk memenuhi resolusi tahun baru iaitu untuk mengempiskan lapisan-lapisan lemak dan menjadi kurus seperti gadis-gadis katalog fesyen Korea dan Jepun) telah menjadi mangsa.

Oleh itu, pada tengah hari tadi, Taman Tasik Shah Alam telah menjadi saksi untuk memenuhi selera 9 nafsu kami. Cuaca mendung tidak menghalang untuk berkarpetkan surat khabar di atas hamparan rumput sambil berlatarbelakangkan Masjid Besar Shah Alam.

..Gila banyak lauk untuk lima orang makan..
(Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Black Pepper
Acar Timun, Spagethi, Agar-Agar, Air Tembikai dan Air Oren)

..Chef No. 1 - Cik Wa dengan menu speciality Nasi Tomato and the other dishes..

..Chef No. 2 & Pemakan No. 1 - Cik Pijah speciality Daging Black Pepper..

..Pemakan No. 2 - Oh Cik Kama.. kau dah kenyang ke?..

..Yang tinggal..

.."Senjata Rahsia" Cik Wa..

..Banyak sangat kura-kura kelaparan kat sini..



p/s: Oh God!.. kenyang gila piknik hari ini.. (Pemakan No.3 tiada dalam gambar kerana sibuk mengambil gambar..Hehehe!) Esok kelas bermula..Gambatte!


Read more...

06: Masih Ada Yang Lupa?

Jumaat, 2 Januari 2009

Telefon berbunyi.

Dengan rasa separa malas kerana hari ini telah dibatalkan kuliah sepanjang hari. Mungkin para pensyarah mahu bercuti tahun baru sekaligus menyambung cuti-cuti di hujung minggu di Kepulauan Mauritius atau Pulau Mabul.. (Adakah aku sebut 'Malas' di sini? Oh.. Sila abaikan ya kerana ia akan menjejaskan resolusi tahun baru aku..)


Aku: "Hell-o.. hell-o.."

Kedengaran suara wanita yang aku rasa mungkin dia bukan seorang wanita Melayu. Kerana suara Melayu-nya kurang fasih. Mungkin dia seorang wanita India.


Wanita : "Helo, saya membuat panggilan dari syarikat telekomunikasi XX"

Aku: "Ya.."
*
*
*
Aku sudah mengagak panggilan ini dibuat mungkin untuk menyuruh aku menjelaskan jumlah bil telefon yang sudah tertunggak. (Walaupun cara ini lebih halus dari menerima panggilan dari Ahlong atau kawan-kawan anda yang menyuruh anda berMLM.)

Panggilan diteruskan seperti apa yang aku agak..


Wanita: "Oleh itu sila jelaskan bil yang tertunggak itu sebelum 7 haribulan Novem... Dis... err... 7 haribulan Januari 2009."




Aku.. Tersenyum sinis setelah meletakkan gagang telefon. Masih ada juga yang lupa. Watdehek!






p/s: 53% of women in America would dump their boyfriend if they did not get them anything for Valentine’s Day. (hehehe)

Read more...

05: 2009... What will happened?

Khamis, 1 Januari 2009

Bye bye...2008 sudah tamat. Tapi aku bukan tukang tilik seperti Nostradamus yang boleh menjangka apa akan terjadi pada 2009. Kadang-kadang ramalan si kafir ini juga sering tersasar atau tidak tepat.

*
Sepatutnya entri ini ditulis sebelum masuk 2008. Tapi aku rasa ragu-ragu untuk mengulas. Ia mungkin terlalu privasi.

Tapi tidak salah untuk berpegang kepada "Kita hanya merancang, Tuhan sahaja yang menentukan" Betul.. Aku sendiri pun tidak boleh jangka walaupun aku juga sering lalai dan tidak sedar bila terpesong sedikit dari jalan yang lurus.

2008 - Banyak pahit dari manis. Banyak duka campur suka. Dari situ kita boleh belajar yang silap dan betulkan yang salah. Mari aku nilai diri aku...

  • Kewangan kurang stabil pada awal tahun 2008. Tapi mula memberangsangkan bila masuk tengah tahun. Dalam tempoh 6 bulan terakhir aku dah gian online shopping.. dalam tempoh tu je aku da beli dekat 4 beg, 8 pasang baju.. etc. (Boros! Praktikal punya pasal).
  • Aku tidak suka nak komen pasal loving entry 2008.. Tapi senang aku ulas "takde komen". Jodoh tidak boleh dipakai langsung..(Dari tahun itu aku dah belajar apa itu 'Heartless' dan sedikit campuran 'Broken' juga terlebih dos 'Pain' yang mengakibatkan terlebih 'Bleeding'). Mungkin lebih sesuai menceritakan loving entry kepada mak ayah dan Allah swt yang pada masa ini kita lalai atau sering terlupa mereka yang lebih hampir dari kita. Terutama sekali "doa dan mati.. pahala dan dosa" sebagai bekalan.
  • Ilmu duniawi.. akademik lah.. achieved better than before.. Puas hati aku.. Tapi nak kekalkan apa yang telah simpan dalam kotak kepala aku dan pengalaman yang ada untuk masa depan nanti lepas aku habis belajar kelak. Ada sedikit cabaran di sini. (CGPA lah beb.. nak maintain)
  • Sikap malas itu penyakit yang perlu dielakkan. Ubat rajin perlu memerlukan usaha yang keras. Manakala sikap yang tidak baik perlu dikaji semula. Sikap baik akan dikekalkan. Nilai sendiri.
2009, Rumusan dari tahun 2008 perlu dibuat kesimpulan supaya ia akan menjadi pengalaman yang lebih bermakna. Dan aku berharap.. soal kewangan dan kerjaya/akademik aku akan lebih bagus tahun ini walaupun ramai yang menjangkakan ianya meleset. Tapi yang penting ia terletak di atas dengan nama REZEKI dari Dia. Tidak bermakna ayam sahaja bertuah sebab boleh nampak kat kaki. Aku dan kamu yang membaca entri ini juga nanti mungkin bakal boleh join club ada Ong maa...(Contact aku ok? nanti belanja aku di Tony Roma's) * Tiada unsur-unsur MLM di sini..



Selamat membuka buku planner/diari 2009 kamu..
Jaaa.... !!



p/s: Sebagai permulaan anda untuk menghadapi 365 hari di 2009. Aku tujukan korang lagu "adik kesayangan" kamu ini. Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI. (
Baru aku tahu sapa yang nyanyi..)




Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP