28: Ada Faham?

Sabtu, 28 Mac 2009

There are 2 main things to keep in mind.



One: If a boy doesn't like you the way you are, the problem is him, NOT you...


Two: Don't try to make a boy change for you - it's important to APPRECIATE people for who they are...







Bien sur! Arvey.




p.s: Un chasseur sachant chasser doit savoir chasser sans son chien.
Translate: A hunter knowing how to hunt has to know how to hunt without his (hunting) dog.

Read more...

27: Jalan-jalan Cari Pasal?

Selasa, 24 Mac 2009

Waktu memandu berkeupayaan mengundang sakit jiwa. Aku bajet 10 tahun lagi boleh kena tekanan darah tinggi. Ini macam pun boleh jadi punca-punca awal.


  1. Orang yang memandu buat jalan macam nenek moyang dia punya. Oh! Aku benci lah waktu kau dah lambat dan nak cepat untuk ke sesuatu tempat. Tiba-tiba ada halangan di depan kamu. Nak potong pun jalan tengah sibuk. Sakit Hati! Nak-nak kalau ada 'belangkas' dalam kereta tu. Gosh!
  2. Orang yang memotong barisan sewaktu membayar di kaunter. Kat tol pun boleh terjadi. Kamon lah.. Yang tiba-tiba mencelah laluan kamu pon sama macam haram.
  3. Orang yang block kereta kamu di parking dan orang yang suka parking kereta sesuka hati cucu cicit dia. Ini sudah melampau ye. Nanti saya calar kereta kamu. (Selalu terjadi kat kawasan kejiranan aku. Bila masa secara purata sebuah rumah = 5-6 buah kereta. Dah kaya sangat. Macam ini lah!)
  4. Orang yang mencucuk-cucuk kereta kamu sewaktu memandu. Kebiasaannya aku takkan bagi laluan kat kamu. Nak potong sila lompat.. Ada berani?
  5. Orang suka modified kereta macam 'bagus'. Ini selalu terjadi kepada kereta-kereta buatan Malaysia terutamanya wira/waja lah yang rasa-rasa nak beli Evo tapi tak mampu. Aku tak sukalah.
  6. Kereta yang 'sensitif'. Belum sentuh apa-apa dah bising. Nak terjadi pada waktu tengah malam sewaktu kamu tidur. Kucing lalu pon dan bising atau mungkin angin tiup?.. Hish.
  7. Orang yang tak bagi signal nak masuk selekoh. Atau bagi signal last minit. Kamu tahu? Bila kamu buat perangai macam ini. Peratus untuk menjadi bodoh amat tinggi ye..Sebab orang yang sakit hati itu akan mendoakan kamu macam-macam celaka.
  8. Orang yang bawa motor macam motor dia tu besar sampai perlu untuk di bawa tengah jalan? Kalau aku jahat, aku langgar je kau..
  9. Lori atau bas yang mengeluarkan pencemaran yang tinggi. At least, bau lori sampah lagi elok dari bau asap kenderaan tu..
  10. Lori atau bas yang membuat selekoh macam s.i.a.l dan hampir membahayakan pengguna kereta dan motor. 


p.s: Sila jauhkan diri anda dari lori yang dibawa oleh kaum india ini. Bahaya. Sebab dorang bawa macam gila.

Read more...

26: Bagaimana Penat Menjadi Bumi?

Jumaat, 20 Mac 2009

Banyak sungguh hal yang berlaku dalam seminggu dua ini. Yang mana menguji fizikal dan mental aku. Walau macam mana pun, yang selebihnya biarlah ia simpan sedalam mungkin. Cuma sekarang ini, beberapa perkara lain juga perlu diuruskan. Hidup juga kena diteruskan.


...

Ok. Walaupun course aku majoriti ada related dengan environment. Tak bermakna aku tak ambil kisah dengan perkara serius seperti global warming atau pemanasan haba. 

Kamu semua pun mesti selalu merungut bahang kepanasan pada waktu siang. Suhu alam yang tidak sekata. Bukan aku cakap duduk di bandar itu salah dan duduk di kampung itu bagus. Waima kesan dari panas-tak-bertempat ini juga cukup terasa di mana-mana. Yang lebih worse dan teruk sekali adalah untuk masa depan. Cuma beberapa lama dahulu penduduk dunia tak begitu concerned pasal hal ini yang mana semuanya lebih tertumpu kepada pembangunan dan keuntungan berlipat ganda.

Perkara ini juga mengingatkan aku mengenai Hari Alam Sekitar untuk course department aku semalam. Manusia yang berkuasa means yang berpangkat tinggi lebih mementingkan keuntungan. Jadi perkara yang penting seperti EIA - Environment Impact Assesment, ramai yang memandang ringan. Ini sering terjadi di Malaysia. Sebab banyak yang libatkan duit di bawah meja. Orang atas bagi line clear tanpa fikirkan hal dunia yang semakin panas. Orang bawah boleh buat apa?

Contoh terdekat kamu boleh ambil - jangan difikirkan sangat iklan membeli rumah banglo 3 tingkat yang kamu idamkan itu mempunyai fasiliti dan kemudahan yang bagus. Hijau lah, ketenangan lah, 10 minit dari KL lah. Tapi pernah kamu survey tempatnya di mana? Atau mungkin selepas kamu beli dan bayar duit deposit. Masuk rumah baru. Alih-alih ada kilang haram, kilang batu, kilang babi, loji, lombong, sebelah kawasan kejiranan kamu. Kesannya kamu telah tertipu. Dan mulalah keluar media, tv salahkan pihak satu sama lain. Jadi yang salah siapa? Pemaju perumahan? Jab alam sekitar? Orang atasan yang bagi kelulusan tanah? Pembeli rumah?..

Banyak lagi kesan yang lain berkaitan dengan environment - CFC, Green House effect, Urban Heat Island, etc. Tapi yang perlu di mulakan adalah dari kita sendiri.  Setiap yang berlaku juga bermula dari kecuaian kita sebagai manusia. Kita sendiri pun nampak perubahan alam yang berlaku. Benda yang belum pernah terjadi pun mungkin boleh terjadi.

Jadi bila aku rasa menyokong Earth Hour juga salah satu dari kesedaran betapa pentingnya dan penatnya menjadi sebuah bumi yang umurnya sudah menjangkaui berjuta-juta tahun. Kempen yang mudah. Cuma bertahan sejam sahaja tanpa memasang lampu. 28hb Mac, 8.30 malam sehingga 9.30 malam. KLCC dan KL Tower pun akan ambil bahagian. Bagaimana dengan kamu?



p.s: Vote Earth sambil mendengar lagu dari favourite all-time band aku - Naif :)


Read more...

25+2: Soal Jiwa?

Isnin, 16 Mac 2009

..Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang dan dipilih menerima dugaan ini..
Yang menjadikan aku lebih mengingati kebesaran-Mu
Aku amat bersyukur dengan nikmat hidup dan rezeki dari-Mu
..Subhanallah..




p.s: Sunyinya rumah untuk beberapa lama..

Read more...

25+1: Gelapnya Hari..Gelapnya Hati?

Rabu, 11 Mac 2009

Selama hampir enam tahun dan hampir penghujung tamat.

Aku tak pernah rasa 'hilang'..
Dan pagi tadi..
Aku rasa tak mampu nak kawal lagi..
Aku fikir aku boleh..
Rupanya kalau kondisi kau tak baik. Jangan fikir kau mampu buat.


Tiada sesiapa yang paksa.
Kawan-kawan pun kata jangan
Cuma aku yang berani mati..


Tiba-tiba aku yang selama ini 'kuat kental tak makan saman' pun boleh jadi lemah.
Oleh itu moralnya, jangan campur hal kerja kau dengan peribadi.
Kesannnya kau akan e-to the m-to the o..
Aku rasa macam teruk..


Tolong.. Kembalikanlah kekuatan baru aku..
Sebab hujan hari ini macam menangisi hari 'sedih' aku..
Rasa yang lebih teruk dari putus cinta..



dua botol pun belum mampu terangkan hari yang gelap



p.s: Aku rasa sayu lepas cium tangan ayah aku sebelum ke kelas. Akhir cerita, terpaksa baiki balik kerja yang 'baru' bagi menebus rasa 'teruk dan malu'.. Ya..aku 'jatuh' di pertengahan jalan. Semoga aku mampu berdiri dengan 'kuat' untuk ke garisan penamat. Aku akan simpan sebagai pengalaman hidup


For the haters..ketawalah dengan hari aku yang teruk ini..
For the lovers..terima kasih kerana berdiri di belakang aku.. 
For the silents..terima kasih kerana membuang masa untuk membaca..
I believe in karma. You deserved for it.

Read more...

25: ...?

Sabtu, 7 Mac 2009

Siaran mungkin akan tergendala selama seminggu. Harap Maklum.




Terlalu banyak tugasan dan tanggungjawab hidup..



Esok hari Ahad. Awal pagi sudah mahu gerak ke IJN.
Ayah akan masuk ke wad. 
Bypass surgery dalam minggu depan yang tak tahu bila harinya.
Mem pun akan sibuk di IJN. Uruskan ayah aku.



Minggu depan juga. Ada presentation design untuk bab 3, 4 dan 5.
Kerja thesis final work masih perlu banyak dibereskan.
Tinggal sebulan untuk mid final semester. Sekejap je kan masa berlalu?..


Aku juga perlu ulang-alik ke sana nanti. Dan uruskan hal rumah.




Ah! Serabut.. macam rambut david arumugam.
Semacam tidak ada masa untuk ini semua.



Antara nyawa dan hidup. Yang mana lebih penting?




p.s: Haih.. Must get through of it all. Semoga semua berjalan dengan lancar. Insya Allah.

Read more...

24: Apa Kau Ingat Mak Ngah Je Merah?

Selasa, 3 Mac 2009


Untuk alumni malam esok



..Sorry for gladiator shoes..





p.s: Aku dah cuba siang tadi untuk sessi bergambar student final year. Ada berani? Kasut i MERAH you.. 

Read more...

23: Semangat Terakhir?

Isnin, 2 Mac 2009

Kami menang paling banyak. Biru Juara. Lapan hamper kami bolot. 
Hari Sukan yang memenatkan dan paling bersemangat. Terakhir bagi kami. 
With supportive lectures and student. Dan karipap basi bikin perut aku meragam.


Futsal

Sukaneka








p.s: Selebih nanti aku upload di Flickr. Lengan aku dah gelap. Nyesal pakai t-shirt lengan pendek. Dem!

Read more...

22: Oh! Tolong Beritahu Aku Kenapa?

Ahad, 1 Mac 2009

Modul #1

Kelas Tender Documentation terpaksa dibatalkan pada hari Jumaat kelmarin. Aku terpaksa bersiap dan gerak ke dewan utama di Menara UiTM pada awal pagi dengan hati yang malas. Teruk sangat kesesakkan tempat aku belajar sekarang. Masing-masing sudah berkereta. Termasuk aku. Terpaksa berebut-rebut, nak bertekak dengan pensyarah dan PakGad sebab hal tempat letak kereta yang semakin tak cukup. Kalau lah aku boleh menunggang motor. Aku sanggup. Tapi Mem tak bagi sebab faktor keselamatan.


Aku tahu bosan sangat duduk di dalam dewan besar itu. Dengan slot ceramah yang kebanyakkan pasal kerjaya dan temuduga serta resume. Sampai aku pun tersengguk-sengguk. Sudoku even Reader's Digest dan walkman pun tak membantu. 


Cuma aku sedikit tertekan dan tak faham dengan perempuan-perempuan yang suka konsep 'klik' atau BFF 'Best Friend Forever' ini. Aku tak suka nak senaraikan macam mana mereka ini. Sebab aku pun perempuan juga.

Tapi sekurang-kurangnya tolonglah menjaga adab kelakuan. In case kau tak faham bahasa Inggeris.. cuba belajar fahami. Dan sebutan tolong betulkan. Bukan perlu kau bergelak-gelak kuat dibelakang dan didepan aku. Bergossip dalam slang dan loghat kamu dengan kuat. Nak ke toilet pun perlu berteman ramai-ramai. Slot tak habis nak lari balik. Laluan sempit tapi aset kau besar pun nak lalu juga. Kau pijak sandal aku. Kedatangan kawan baik yang tak datang pun nak tolong tandakan. Oh hello Kevin Zahri pun korang tak kenal ke? Please read a lot. He is a good mentor kalau korang-korang ini nak slim kan badan. Dan jangan salahkan apabila kau susah nak temuduga kerja kelak dengan info yang ada tapi kau tak catat. Sorry i can't predict your future.


Aku pernah dengar satu pendapat. Duduk di belakang tak berkat berbanding duduk di hadapan. Tapi aku lambat sebab berebut parking terpaksa duduk dibelakang. Serius pandangan aku kabur dan kurang jelas slide presentation penceramah. Sebab aku rabun jauh.



And i know, aku bukan baik sangat pun. But please show some respect when you are attending the formal event. Kita bukan budak sekolah lagi. Atau kau mungkin sesuai jadi surirumah sahaja.

***

Modul #2

Sama seperti hari Jumaat. Tapi kali ini aku tak perlu berebut-rebut lagi. Walaupun hari Sabtu sepatutnya hari 'recharge energy' aku. Oleh sebab program di fakulti sahaja. Senang. Memang aku rimas di tempat yang ramai. Rasanya modul pada hari ini memang terbaik dan terakhir yang aku datang. And i'm proud with my classmates too. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. But both of us gives best ideas for the program activities. Juga untuk course lain juga memang tak menghampakan. Sungguh!

Oh! kumpulan kami kena berlakon. Kalau aku dapat video rakaman dari kawan aku. Nanti rajin aku upload ya? Sebab ini semua spontan dialog. Ini pun tempoh yang diberi memang terhad. Gambar di bawah latihan yang dibuat dalam studio aku masa lunch break.

Scene #1: Temuramah pasal lepak


Scene #2: Temuramah pasal rempit. Aku pun terlibat dalam scene ini.


Scene #3: Temuramah pasal pendatang asing. Serius aku tak boleh tahan gelak sampai mengalir air mata tengok scene ini.



Memang kali ini aku puas hati sebab program di dewan kuliah je. Mungkin sebab faktor kedap bunyi dan pelajar yang hadir tak hampir memenuhi dewan. Memang tak best la kalau korang ni nak sembang atau tidur kan? Tak manis pula.. :)




p.s: Aku tak berapa faham kenapa perlu wajib tahan skrol kalau tak hadir modul ini. Ini pun sebab kalau terpaksa datang. Cuma sekadar penuhkan kedatangan. Tapi sekurang-kurangnya ia dapat dimanfaatkan untuk akan datang. Sekadar keperluan selepas grad nanti :)

p.s update: Hari Ahad ini ada sport days event course aku. Nanti aku cerita lagi..

Ta~

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP