36: Lucky?

Jumaat, 22 Mei 2009

Pernah satu hari anda penuh dengan bernasib baik?

Eh. Ini semua rezeki je lah. Nasib...


Hari ini saya rajin melipat kain. Walaupun Mem saya bising sebab sudah 2 hari tidak berlipat. Jadi saya rajinkan diri saya. Dan 'rajin' saya berbaloi bila jumpa duit rm10 bawah kerusi. Oh!


Hari ini result thesis saya keluar untuk proses penjilidan. Saya ingat mahu surprisekan diri saya. Walaupun sebenarnya hati saya agak cuak dari semalam. Tetapi saya berlakon macam tak ada apa-apa sehingga bangun awal pagi tidak seperti biasa. Dan 'berlakon' saya tak berbaloi sebab kawan kelas saya sms saya pagi-pagi beritahu saya lulus. Oh!


Hari ini saya temankan kawan saya seorang lagi yang-susah-hati-sebab-takut-result-thesis-dia untuk yakinkan mata kepala saya dan dia. Saya cakap relaks lah. Dan 'temankan' saya berbaloi sebab kami memang lulus. Oh!


Hari ini saya dan kawan saya nak gembirakan hati dengan menonton wayang cerita Night at the Museum 2. Sambil membelanjakan hasil 'rajin' saya di Jaya Jusco. Dan 'gembirakan' saya berbaloi sebab dapat parking kosong 3 petak betul-betul di hadapan pintu. Dan saya tiba tepat masa tayangan betul-betul tanpa menunggu dua jam lagi Oh!


Hari ini duit 'rajin' dan simpanan saya habis dengan makan steambot kat Johnny's. Dan 'habis' saya tak berbaloi sebab saya kena CARI-KERJA-CEPAT-UNTUK-ISI-BALIK-DUIT-SIMPANAN saya.


Sekian..


p.s: Susahnya mencari kerja. Lucky ke?

Read more...

35: Ready? Get Set, Go!

Jumaat, 15 Mei 2009

Yeeha! 


Selepas hantar final draft thesis pukul 11.30pagi. Balik rumah terus tido. Damn, lama gila aku tak rasa nikmat tido. 


Rasa macam beban 100kg tu dah terbang jauh. Badan rasa ringan macam kertas. Walaupun hakikat berat aku adalah XXkg. (Haha. Tak nak beritahu. Rahsia Sulit)


Mulai sekarang.. status aku dah berubah kepada... 
Seorang yang tidak mempunyai hidup yang kukuh. Masih terumbang ambing. Macam tongkang yang nak karam.


Selain dari memiliki material. Seperti mahu membeli Toyota Vios kelak. Ini adalah list untuk hidup baru:

1. Tidak menanam anggur di rumah
2. Membuang lemak di badan
3. Mencintai diri sendiri
4. Tidak boros dan mengumpul harta.
5. Memanfaatkan masa.
6. Keluar dari Shah Alam
7. Melengkapi kebolehan diri.
8. Serius dengan hidup
9. Menambahkan amal ibadat.
10.Bergembira



Party Donut bersama gadis-gadis minggu lepas



p.s: Esok ada aktiviti berbasikal bersama gadis-gadis..

Read more...

34: Tahap Kerisauan Aku Adalah....?

Sabtu, 9 Mei 2009

Masa aku sangat kritikal dalam seminggu ni sehingga minggu depan. Memang sakit kepala. Hari-hari tidur tak menentu. Sampai jerawat pun tumbuh di merata-rata tempat kan. Rambut pun banyak gugur. Sangatlah tekanan dengan final semester ni: Design and Thesis. 



Jadi keputusannya yang tinggal hanya tawakal dan berserah sahajalah. (nada risau)


Lagi beberapa hari lagi nak masuk FASA baru dalam hidup. Rasa macam tak percaya aku boleh sampai sini.

...kemudian bagi minggu depan, aku perlu senaraikan HIDUP baru untuk akan datang..



p.s: Firstly. Need to do hair spa A.S.A.P!

p.s update: Selamat Hari Emak. So sorry tak dapat nak raikan beliau dalam masa kritikal ini. Tunggu hari jadi beliau bulan 8 ini. Harap-harap masa tu aku bukan penganggur terhormat - dari Anakmu yang comot.

Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP