35: Ready? Get Set, Go!

Jumaat, 15 Mei 2009

Yeeha! 


Selepas hantar final draft thesis pukul 11.30pagi. Balik rumah terus tido. Damn, lama gila aku tak rasa nikmat tido. 


Rasa macam beban 100kg tu dah terbang jauh. Badan rasa ringan macam kertas. Walaupun hakikat berat aku adalah XXkg. (Haha. Tak nak beritahu. Rahsia Sulit)


Mulai sekarang.. status aku dah berubah kepada... 
Seorang yang tidak mempunyai hidup yang kukuh. Masih terumbang ambing. Macam tongkang yang nak karam.


Selain dari memiliki material. Seperti mahu membeli Toyota Vios kelak. Ini adalah list untuk hidup baru:

1. Tidak menanam anggur di rumah
2. Membuang lemak di badan
3. Mencintai diri sendiri
4. Tidak boros dan mengumpul harta.
5. Memanfaatkan masa.
6. Keluar dari Shah Alam
7. Melengkapi kebolehan diri.
8. Serius dengan hidup
9. Menambahkan amal ibadat.
10.Bergembira



Party Donut bersama gadis-gadis minggu lepas



p.s: Esok ada aktiviti berbasikal bersama gadis-gadis..

4 ubat:

farah, s. 15 Mei 2009 pada 7:43 PTG  

alahai. fhm sgt perasaan lega mcm tu. hoho. wp banyak lg benda tak siap, at least satu beban da lepas kn ;p

uih... donut. tak pernah pulak tengok parti donut2 nih. lol

*pil.tahan.sakit* 15 Mei 2009 pada 8:56 PTG  

@farah - hehe lega sbb dah abis belajar..yey! oh.. tu donut big apple

tasekM 21 Mei 2009 pada 6:36 PTG  

banyaknya donut... he he.

*pil.tahan.sakit* 22 Mei 2009 pada 1:44 PG  

@tasik merah - hihi nama pon parti donut..

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP