36: Lucky?
Jumaat, 22 Mei 2009
Pernah satu hari anda penuh dengan bernasib baik?
Eh. Ini semua rezeki je lah. Nasib...
Hari ini saya rajin melipat kain. Walaupun Mem saya bising sebab sudah 2 hari tidak berlipat. Jadi saya rajinkan diri saya. Dan 'rajin' saya berbaloi bila jumpa duit rm10 bawah kerusi. Oh!
Hari ini result thesis saya keluar untuk proses penjilidan. Saya ingat mahu surprisekan diri saya. Walaupun sebenarnya hati saya agak cuak dari semalam. Tetapi saya berlakon macam tak ada apa-apa sehingga bangun awal pagi tidak seperti biasa. Dan 'berlakon' saya tak berbaloi sebab kawan kelas saya sms saya pagi-pagi beritahu saya lulus. Oh!
Hari ini saya temankan kawan saya seorang lagi yang-susah-hati-sebab-takut-result-thesis-dia untuk yakinkan mata kepala saya dan dia. Saya cakap relaks lah. Dan 'temankan' saya berbaloi sebab kami memang lulus. Oh!
Hari ini saya dan kawan saya nak gembirakan hati dengan menonton wayang cerita Night at the Museum 2. Sambil membelanjakan hasil 'rajin' saya di Jaya Jusco. Dan 'gembirakan' saya berbaloi sebab dapat parking kosong 3 petak betul-betul di hadapan pintu. Dan saya tiba tepat masa tayangan betul-betul tanpa menunggu dua jam lagi Oh!
Hari ini duit 'rajin' dan simpanan saya habis dengan makan steambot kat Johnny's. Dan 'habis' saya tak berbaloi sebab saya kena CARI-KERJA-CEPAT-UNTUK-ISI-BALIK-DUIT-SIMPANAN saya.
Sekian..
p.s: Susahnya mencari kerja. Lucky ke?
2 ubat:
Salam ziarah.....
He he...lama tak makan kat Johnny's tu... Cerita Night at the Museum tu memang hebat..
@kayteeze - layannn :)
Catat Ulasan