56: Satu Kali Lagi?
Jumaat, 18 Disember 2009
Semalam cukup letih.
Bangun awal untuk menghadiri temuduga kerajaan. Ramai sangat orang. Dekat 600 orang lebih dengan 21 bilik saluran. Agak-agak berapa yang lulus? Dapat surat pun last minit petang kelmarin. Sedikit 'confident'. Mujur soalan lebih kepada pengalaman kerja daripada soalan-soalan mengarut pendapat tentang polisi institusi ataupun matlamat dan visi kerajaan. Sebab aku tak bersedia langsung nak kaji pasal benda-benda ini.
Kemudian tengah hari pergi teman kawan 'pusing-pusing' work site di Subang Jaya sambil mengira pokok. Rata-rata aku lihat komuniti Subang Jaya lagi kuat berbanding dengan komuniti kawasan tempat tinggal aku. Terutama dari segi keselamatan dan persekitaran. Alangkah bagus kalau menyumbang sedikit untuk komuniti bagi tujuan macam ini daripada berlumba-lumba macam bagus nak renovate rumah besar-besar dan menambah jumlah isi kereta di rumah.
.
.
Akhir tahun 30 Zulhijjah kali ini aku tak tinggal untuk doa penutup dan awal Muharram. Aku tahu dugaan lepas memang tak begitu baik bagi aku. Kesimpulannya terlalu banyak kesan hitam berbanding kegembiraan yang aku dapat. Aku tak sanggup nak lihat balik tapi aku akan padam semuanya.
Insya Allah, tahun baru ini aku harap menjadi lebih baik dari yang lepas. I want to be part of something that is really good. I promised to myself.
p.s: Selamat Tahun Baru.
0 ubat:
Catat Ulasan