57: Nak Cuti?
Khamis, 7 Januari 2010
2009 - Terakhir
Cuti hujung tahun yang banyak dihabiskan di kampung kedua-dua pihak di Sabak Bernam dan Bagan Datoh selama seminggu. Makan tiga kali sehari sedap-sedap dan rehat yang melebihi had keselesaan mampu menambahkan jisim pada indeks tubuh aku. Selain 'gangguan entiti' dua malam berturut-turut bermula hari pertama yang membuatkan emosi dan mental percutian aku sedikit kacau jiwa. Gila nak mem'buang' pukul 2 pagi pun cuak sebab tandas di luar. Ergh!
..still the same.. :)
2010 - Terawal
Cuti awal tahun dimulakan dengan menghabiskan sisa-sisa duit gaji selama 3 hari 2 malam dari Melaka hingga ke Muar. Tapi shopping di Jonker Street tetap menjadi keutamaan. Cuma Asam Pedas di Melaka tak kena tekak aku.
Melaka bagi aku pesat betul membangun. Dua tahun lepas bagi aku cuma Dataran Pahlawan yang berdiri megah depan struktur A Famosa. Tapi sekarang, macam-macam ada. Cuma aku terfikir apa signifikasi bandaraya bersejarah dengan pusat membeli-belah yang besar berhampiran dengan kawasan sejarah di Melaka? Itu pun kalau kebanyakan kedai lebih banyak menjual barangan jenama luar. Terfikir aku kalau untuk dua tahun kemudian aku ke sini lagi. Mungkin dah tak rasa lagi sejarah. Kecuali suasana membeli-belah yang tak ada beza dengan Kuala Lumpur.
Di Muar, rasanya tak banyak tempat yang menarik untuk dilawat. Tapi kebanyakan lebih tertumpu kepada makan-makan sedap terutama Pau Muar hingga Ikan Bakar Sabak Awor dan Satay Muar untuk sarapan yang amat berbaloi-baloi. Perut benar-benar penuh.
Kredit gambar daripada A'an
Siapa kata dengan budget RM 200 kita tak boleh pergi melancong?? (Perbelanjaan tak termasuk shopping). Next place maybe at Penang?
p.s: 7 hari selepas Tahun Baru 2010. Apa perubahan awal yang sudah dibuat?
0 ubat:
Catat Ulasan