08: SILA AMBIL PERHATIAN: Sampai Bila Kita Nak Tengok Perkara Macam Ini?

Khamis, 8 Januari 2009

Sudah beberapa hari aku tidak menulis entri. Maaf ya? Kesibukkan dalam mencari tajuk thesis dan case study serta menghabiskan semester akhir tidak menghalang aku menjenguk entri-entri bloggers lain. Cuma aku tak mempunyai kesempatan nak menulis. Sebagai mukadimah tahun baru 2009 dan Muharram ini. Tapi tak salahkan untuk aku kongsikan sedikit pendapat sebagai umat Islam? Kali ini aku nak tulis panjang-panjang sebab aku rasa sudah mampu untuk berfikir dan menilai tentang manusia dekat Bumi ini. Aku rasa terlalu kecewa dan sedih melihat surat khabar dan berita baru-baru ini.



"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui". (At-Taubah ayat 41)

Mungkin kadang ramai yang masih lagi tak puas hati.. komplen makanan yang tak sedap, pakaian tidak cukup branded dan sebagainya? Berapa ramai yang tidak sedar atau lalai? Lumrah manusia yang sudah dari dibiasakan hidup senang. Tapi kita seharusnya sedar erti SYUKUR, sebab syukur kerana kita sejak dari kecil masih lagi bernafas dan cukup segala kemewahan baik dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal..


Tanpa kita sedari atau tidak. Kita jauh lebih beruntung dari golongan yang lain. Jauh lebih sempurna dari mereka. Tapi kekejaman dan penindasan di tanah tempat tinggal mereka adalah satu perkara yang betul-betul jauh lebih teruk untuk golongan umat Islam. Atas nama Islam mereka berjihad untuk menentang Zionis yang sebenarnya hanya pendatang HARAM di bumi Palestin. Keganasan mereka adalah paling KEJAM dalam sejarah dunia moden ini.

Mak, ayah, datuk, pakcik, makcik, abang, kakak, adik serta saudara mara mereka dibunuh dan ditembak dengan kejam tanpa rasa simpati. Korang pernah rasa kehilangan seperti mereka? Sedihkan? Malah tempat tinggal mereka dibom dan dihapuskan. Yang selamat dari nahas pula mungkin meninggalkan kesan parutan dan cacat anggota badan yang kekal. Tapi dendam untuk berjuang menegakkan tanah sendiri dan agama untuk menentang Israel tidak pernah padam. Malah mereka telah dididik dan dilatih sejak dari mula bertatih untuk berjihad.


Palestin merupakan tanah Islam sejak dari dahulu lagi. Tempat arah kiblat pertama umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis yang merupakan antara Masjid yang suci selain dari Masjid Al-Haram,Mekah dan Masjid An-Nabawi, Madinah. Juga tempat Rasulullah s.a.w diangkat Allah s.w.t ke langit melalui kejadian Israq dan Mikraj. Malah ia juga dikenali Ardh Ribath (bumi pertahanan jihad) iaitu orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan orang yang berjihad. Subhanallah..

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian kebesaran dari tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (Surah Al-Isra'ayat 1 dan 2)


Sejak pencetusnya ketika Kongres pertama di Basle, Switzerland (1897) yang bertujuan untuk mewujudkan negara Yahudi - Israel. Dan sejak Pengisytiharan Balfour 1917, British jelas telah mencabuli perjanjian antarabangsa dengan membawa masuk Yahudi secara beramai-ramai. Palestin dijadikan negara bagi orang Yahudi yang menjadi mangsa 'holocaust' telah menimbulkan masalah dengan penduduk asal.

Bermula 1947 pendatang Yahudi memiliki hanya tidak sampai 8% dari tanah Palestin. Sehingga tahun 1948, 78% wilayah Palestin telah dikuasai Israel. Perang Enam Hari 1967, menyaksikan 330 ribu rakyat Palestin diusir dan Palestin lenyap dari peta dunia. Malah Masjid Al-Aqsa dibakar dan ancaman tetap berterusan...

Panjangkan entri kali ini? Tapi aku kadangkala cuba bayangkan bagaimana kalau aku dan engkau juga yang membaca entri ini hidup di tanah Palestin. Mampukah untuk bertahan untuk hidup lama?

Dari sini kita sepatutnya bermula untuk berjuang bersama umat Islam di Palestin demi membebaskan mereka dari kekejaman Zionis, antaranya:
  1. Berterusan berdoa ke atas perjuangan umat Islam di Palestin demi keamanan dan keselamatan mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi mereka.
  2. Mengedarkan dan berkongsi maklumat untuk memikirkan cara untuk mengatasi kekejaman yang berterusan (Mungkin untuk jiran-jiran negara Palestin serta pak Arab bersyeikh dan berserban di kepala yang hanya gemar mengumpul harta dan minyak serta mengumpul kekayaan duniawi. Mereka sepatutnya menggunakan harta mereka bagi tujuan melindungi anak-anak Palestin tidak berdosa dengan memberi bantuan perubatan dan makanan)
  3. Menyatakan bantahan secara lisan dan perbuatan. Mungkin mengumpul dana dan sumbangan untuk meringankan bantuan perubatan amat diperlukan. (Klik pada icon derma Palestin di sebelah kanan)
  4. Pulaukan barangan Amerika yang selama ini memberi bantuan kepada tentera Zionis. Sila klik untuk senarai barangan boikot (Maaf, pendapat aku mengenai perkara ini tentu amat sukar sekali. Terutamanya hampir keseluruhan produk keperluan harian yang digunakan adalah terdiri dari barangan Amerikan. Ya.. termasuk Intel yang menjadi memori laptop aku juga. Malah handphone NOKIA kesayangan anda juga. Tapi untuk boikot keseluruhan barang-barang ini haruslah perlu kita fikirkan pro dan kontra. Malah kilang-kilang produk barangan ini juga mempunyai pekerja-pekerja Islam seperti kita yang mencari makan dengan bekerja untuk mencari rezeki keluarga. Kalau kita boikot bagaimana mereka hendak kerja dengan keadaan ekonomi semasa yang sukar untuk mencari pekerjaan lain?)
*
*
*
p/s: Allah Maha Besar! Bencikan keganasan! Aku tak suka ok?? Tak bolehkah bumi ini aman damai dalam satu hari? Sampai bilakah akan berakhir? Berapa ramai kita mahu lihat yang tidak berdosa menjadi mangsa? Sila klik ini untuk maklumat bebaskan Al-Aqsa. Serta ini juga untuk info Palestin. Dan siapa itu Yahudi durjana wtf! Israel Zionis lebih teruk dari Nazi.

Oh.. Aku tak sanggup nak letak gambar yang berdarah ni.. fobia :)

1 ubat:

tasekM 9 Januari 2009 pada 5:18 PTG  

sedang kita berkira2 dgn masa depan kita, bagi mereka, utk hidup esok hari pun belum tentu...


.

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP