07: Berapa Ukur Lilit Perut Harimau?
Ahad, 4 Januari 2009
Tiada kaitan dengan tajuk..
Al-kisah malam semalam satu perjanjian telah dibuat oleh Cik Pijah akibat kebosanan cuti tahun baru yang melampau. Maka untuk menghilangkan kebosanan tersebut beberapa gadis-gadis (berjanji untuk memenuhi resolusi tahun baru iaitu untuk mengempiskan lapisan-lapisan lemak dan menjadi kurus seperti gadis-gadis katalog fesyen Korea dan Jepun) telah menjadi mangsa.
Oleh itu, pada tengah hari tadi, Taman Tasik Shah Alam telah menjadi saksi untuk memenuhi selera 9 nafsu kami. Cuaca mendung tidak menghalang untuk berkarpetkan surat khabar di atas hamparan rumput sambil berlatarbelakangkan Masjid Besar Shah Alam.

(Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Black Pepper
Acar Timun, Spagethi, Agar-Agar, Air Tembikai dan Air Oren)






p/s: Oh God!.. kenyang gila piknik hari ini.. (Pemakan No.3 tiada dalam gambar kerana sibuk mengambil gambar..Hehehe!) Esok kelas bermula..Gambatte!
6 ubat:
senjata rahsia tu slimming tea ke? he he...
aduh!!gua minat gila daging black pepper...
~boleh masakkan utk gua sekali?
@tasikmerah - sudah tentu! wajib ada senjata rahsia tu :)
@padelkopak - boleh je..tgu lain hari pulak huhu
itu makanan kalau kasik kat dua orang lelaki memang abis licin dalam masa 10-20 minit. series!
pil tahan sakit? emm..saya selalu sakit..
ohhhh
@FLOY biasa arr tu.. perut lelaki memang mcm buaya kah?
hehehe
sebab sakit tu la kene amik pil..
aku masih mencari pil tahan sakit..if u know what i mean...woohaa
btw, berminat dengan kawan ko yang kat gambar nombor 3 bertudung itam..dah berponya ke?
woohha
Catat Ulasan