Memaparkan catatan dengan label Trip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trip. Papar semua catatan

57: Nak Cuti?

Khamis, 7 Januari 2010

2009 - Terakhir

Cuti hujung tahun yang banyak dihabiskan di kampung kedua-dua pihak di Sabak Bernam dan Bagan Datoh selama seminggu. Makan tiga kali sehari sedap-sedap dan rehat yang melebihi had keselesaan mampu menambahkan jisim pada indeks tubuh aku. Selain 'gangguan entiti' dua malam berturut-turut bermula hari pertama yang membuatkan emosi dan mental percutian aku sedikit kacau jiwa. Gila nak mem'buang' pukul 2 pagi pun cuak sebab tandas di luar. Ergh!

..still the same.. :)

2010 - Terawal

Cuti awal tahun dimulakan dengan menghabiskan sisa-sisa duit gaji selama 3 hari 2 malam dari Melaka hingga ke Muar. Tapi shopping di Jonker Street tetap menjadi keutamaan. Cuma Asam Pedas di Melaka tak kena tekak aku.


Melaka bagi aku pesat betul membangun. Dua tahun lepas bagi aku cuma Dataran Pahlawan yang berdiri megah depan struktur A Famosa. Tapi sekarang, macam-macam ada. Cuma aku terfikir apa signifikasi bandaraya bersejarah dengan pusat membeli-belah yang besar berhampiran dengan kawasan sejarah di Melaka? Itu pun kalau kebanyakan kedai lebih banyak menjual barangan jenama luar. Terfikir aku kalau untuk dua tahun kemudian aku ke sini lagi. Mungkin dah tak rasa lagi sejarah. Kecuali suasana membeli-belah yang tak ada beza dengan Kuala Lumpur.

Di Muar, rasanya tak banyak tempat yang menarik untuk dilawat. Tapi kebanyakan lebih tertumpu kepada makan-makan sedap terutama Pau Muar hingga Ikan Bakar Sabak Awor dan Satay Muar untuk sarapan yang amat berbaloi-baloi. Perut benar-benar penuh.

Kredit gambar daripada A'an

Siapa kata dengan budget RM 200 kita tak boleh pergi melancong?? (Perbelanjaan tak termasuk shopping). Next place maybe at Penang?




p.s: 7 hari selepas Tahun Baru 2010. Apa perubahan awal yang sudah dibuat?

Read more...

48: Whateveraya?

Sabtu, 26 September 2009

Kampung Sg Balai, Bagan Datoh beberapa tahun lepas dan masih lagi sama. The best place ever :)

Salam Aidilfitri selepas berpuasa sebulan. Setelah 'cuti raya', bermulalah musim bekerja minggu depan. Malas lah bila dah bercuti panjang. Project work yang bertangguh sebelum cuti kena selesaikan. Harus bekerja keras sekarang.

Edisi pulang ke kampung bermula pada hari Sabtu pagi. Tahun ini beraya pertama di Bagan Datoh, kampung belah mak. Sebab as usual tiap-tiap tahun mesti kena beraya di Sabak Bernam, belah ayah. Sepanjang Aidilfitri tahun ini, bagi aku kurang berapa meriah berbanding tahun lepas. Biasalah we are no longer as a kids anymore. Cukuplah melengkapkan syarat menyediakan persiapan raya tahun ini pertama kali sebab dah ada pendapatan sendiri.


Setiap tahun raya ada kisah masing-masing. Termasuk juga aku. Dan menyebabkan ia kurang meriah adalah:

  • Raya tahun ini tiada hidangan kegemaran aku ketupat palas, sambal tahun (jawa) dan ayam kampung masak kicap. Lama setahun dah aku tunggu. Huhuhu :'( Digantikan dengan rendang walau aku kurang menggemari rendang kerana terlalu 'berat'.
  • Tiada rancangan menarik di Aidilfitri, ni semua gara-gara sepupu aku yang menyebabkan fius tv terbakar. Jadi malam-malam raya diisi dengan bersembang sehingga tidur awal.
  • Tahun ini raya tak ada mercun disebabkan ada baby baru. Dan hantu-hantu kaki mercun/bunga api pun tak balik raya sebab nak periksa.
  • Raya pertama dikerah menjadi 'bibik' menghidang tetamu di dapur dan tak dapat join pergi beraya. Baju raya pun tak sempat nak rasa raya pertama. Huhuhu
  • Raya kedua di kampung belah ayah dengan 'masalah-masalah' lain.



Ok, harap raya-raya anda ceria berbanding aku. Walau terdapat kekurangan, tetapi kemeriahan raya bersama keluarga itu penting selain dapat memanfaatkan ikatan kekeluargaan seperti beraya di rumah saudara-saudara lain. Insya Allah, tahun depan raya boleh balas dendam pulak.
Andai terkasar bahasa, salah dan silap. Selamat Hari Raya.



p.s: Tak ada gambar raya tahun ini. Sebab sekarang tengah berjimat cermat untuk 2-3 bulan demi 'anak baru'. Mungkin akan diganti dengan meriah untuk Raya Haji hujung tahun ini?

Read more...

32: Lebih Baik Ada Atau Tiada?

Jumaat, 17 April 2009

Breakfast: 

UM. Bajet nak tengok presentation archi. Tapi takde peluang nak masuk. Haih.

Lunch: 
Cupcake Chic. So sweet... 24 karat sangat sedap kan?

Drive:
Shah Alam. UM. Petaling Jaya. Subang Jaya. Damansara. Sungai Buloh. Shah Alam.
Penatnya.

..nyummy..



p.s: Move on!

Read more...

30: Where To Go?

Ahad, 5 April 2009



Hari Jumaat lepas. Lambat betul nak update. Sibuk. Tapi masih sempat dan ada masa untuk perkara macam ini. Biasalah kan. Alasan sekali sekala. Minggu depan mungkin ada show lagi.

p.s : Aku berani cakap Tomok best. Tapi Nine Coco sangat sweet. Aweera pun boleh tahan. Papehal pun si Marion ni lawa doe..

Read more...

21+1: Yet Another Surprise?

Ahad, 22 Februari 2009

Kalau aku cerita. Mesti ramai yang tak percaya. Aku tak pernah pergi Port Dickson. Sungguh. Tak tipu.. hehe


Tapi pada Jumaat lepas. Oleh sebab kebosanan selepas kelas pagi. Satu trip tidak dirancang. Jadi kitorang berjanji untuk gerak sebelum habis solat jumaat. Sembilan orang. Tak ada lelaki. So kira macam lagu Cindy Lauper 'Girls Just Wanna Have Fun' tu lah. Sebab kebetulan dalam perjalanan lagu tu yang on air. Bajet pun cukup makan je. Oleh kerana semua dah habis presentation Bab 1 dan 2 minggu lepas. Memang berbaloi untuk enjoy.

ambil udara laut sambil berpiknik

naik bot pisang memang sungguh teruja!

bermain pasir, bermandi manda dan skodeng orang putih berbikini tapi kami tak berbikini :)

..bermain air lagi..

..berposing lagi..

sebelum pulang kami bergambar lagi sambil melihat sunset




p.s: Cukup seronok. Tapi kerja banyak nak disiapkan kalau fikir balik. (^-^). Oh gambar ini mungkin kecil bagi mereka yang rabun. Sila lihat di Muka Buku ya?

Read more...

07: Berapa Ukur Lilit Perut Harimau?

Ahad, 4 Januari 2009

Tiada kaitan dengan tajuk..

Al-kisah malam semalam satu perjanjian telah dibuat oleh Cik Pijah akibat kebosanan cuti tahun baru yang melampau. Maka untuk menghilangkan kebosanan tersebut beberapa gadis-gadis (berjanji untuk memenuhi resolusi tahun baru iaitu untuk mengempiskan lapisan-lapisan lemak dan menjadi kurus seperti gadis-gadis katalog fesyen Korea dan Jepun) telah menjadi mangsa.

Oleh itu, pada tengah hari tadi, Taman Tasik Shah Alam telah menjadi saksi untuk memenuhi selera 9 nafsu kami. Cuaca mendung tidak menghalang untuk berkarpetkan surat khabar di atas hamparan rumput sambil berlatarbelakangkan Masjid Besar Shah Alam.

..Gila banyak lauk untuk lima orang makan..
(Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Black Pepper
Acar Timun, Spagethi, Agar-Agar, Air Tembikai dan Air Oren)

..Chef No. 1 - Cik Wa dengan menu speciality Nasi Tomato and the other dishes..

..Chef No. 2 & Pemakan No. 1 - Cik Pijah speciality Daging Black Pepper..

..Pemakan No. 2 - Oh Cik Kama.. kau dah kenyang ke?..

..Yang tinggal..

.."Senjata Rahsia" Cik Wa..

..Banyak sangat kura-kura kelaparan kat sini..



p/s: Oh God!.. kenyang gila piknik hari ini.. (Pemakan No.3 tiada dalam gambar kerana sibuk mengambil gambar..Hehehe!) Esok kelas bermula..Gambatte!


Read more...

Tambah Duit

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP